JPICT JKN SARAWAK

Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) ialah satu jawatankuasa yang ditubuhkan di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selaras dengan Pekeliling Am Bilangan 2 Tahun 2006 (PA 2/2006) bertajuk Pengukuhan Tadbir Urus Jawatankuasa IT dan Internet Kerajaan (JITIK). JPICT Kementerian berperanan merancang dan menyelaras pelaksanaan program/projek-projek ICT di peringkat kementerian.

Selaras dengan JPICT KKM, satu jawatankuasa ditubuhkan iaitu Jawatankuasa Kerja Pemandu ICT (JK Pemandu ICT) di peringkat JKNS bagi tujuan tadbir urus kelulusan teknikal, penyelaras dan pemantauan projek ICT.

Semua agensi PTJ di bawah JKNS dikehendaki mendapatkan SOKONGAN daripada Ketua Program dahulu sebelum ke peringkat JPICT JKNS.

Dilampirkan adalah dokumen dan borang permohonan projek sistem ICT:

  1. JPICT JKNS-Tatacara Permohonan Pembangunan Sistem Baharu-Peluasan-Peningkatan
  2. Borang Cadangan Pembangunan Projek ICT JKN Sarawak
  3. Templat Format Kertas Kerja JPICT JKNS
  4. Template Slaid Permohonan JPICT JKN Sarawak

Tambahan Rujukan Pekeliling:

  1. Surat Pekeliling Am Kementerian Kesihatan Bilangan 1 Tahun 2016 : Tatacara Pelaksanaan Projek ICT Di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
  2. Surat Pekeliling Am Kementerian Kesihatan Malaysia Bilangan 2 Tahun 2016: Garis Panduan Kesediaan Infrastruktur Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Di Agensi Dan Fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
  3. Surat Arahan ICT Permohonan Aplikasi Inhouse KKM

Takwim 2022

Mesyuarat Tarikh Mesyuarat *
1. JPICT JKNS Bil 1/2023 28 Februari 2023
2. JPICT JKNS Bil 2/2023 08 Mei 2023
3. JPICT JKNS Bil 3/2023 01 Ogos 2023
3. JPICT JKNS Bil 4/2023 28 November 2023
* Tertakluk kepada perubahan, jika ada. Semua permohonan perlu mendapat sokongan/perakuan dahulu 
dari Ketua Program JKNS.