Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak ingin memaklumkan bahawa Klinik Respiratori yang dibuka di Arena Boling Padang bersebelahan Stadium Perpaduan Negeri, Kuching, hanya untuk pesakit yang DEMAM, BATUK, SELESEMA, dan SAKIT TEKAK sahaja.

Perkhidmatan sementara ini dibuka Isnin hingga Ahad bermula jam 8:00 pagi hingga 5:00 petang sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Walau bagaimanapun, Klinik Kesihatan lain masih beroperasi seperti biasa. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Tele-Nasihat COVID-19.

Oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak