NORMA BAHARU UNTUK PERKHIDMATAN PERGIGIAN.

Orang ramai adalah dinasihatkan untuk menghubungi klinik pergigian yang tersenarai di bawah sebelum datang untuk mendapatkan rawatan.

Bagi pesakit yang telah mempunyai tarikh temujanji susulan daripada pihak klinik sebelum ini, adalah dinasihatkan untuk menghubungi pihak klinik terlebih dahulu bagi mengesahkan tarikh dan masa temujanji.

Sila patuhi arahan yang akan diberikan dan patuhi masa temujanji anda untuk mengelakkan kesesakan di klinik pergigian.

Biasakan norma baharu untuk memutuskan rantaian COVID-19.

#covid19
#kitajagakita