Visi

Visi JKNSWK adalah supaya Sarawak menjadi sebuah negeri yang terdiri daripada individu, keluarga dan masyarakat yang sihat melalui sistem kesihatan yang adil dan saksama, cekap, mampu diperolehi, berteknologi sesuai, berupaya berubah mengikut persekitaran serta serasi dengan pelanggan. Sistem ini akan mengutamakan kualiti, inovasi, peningkatan taraf kesihatan serta menghormati martabat insan dan menggalakkan tanggungjawab individu dan penyertaan masyarakat ke arah peningkatan mutu kehidupan.

Misi

Misi JKNSWK ialah untuk mewujudkan penglibatan dan penyertaan masyarakat Sarawak untuk kesihatan bagi merangsang dan memudahkan rakyat Sarawak untuk :-

   i) Mencapai sepenuhnya kemampuan kesihatan mereka

ii) Menghargai kesihatan sebagai aset yang bernilai

iii) Mengambil langkah positif meningkatkan lagi dan

iv) Mengekalkan status kesihatan bagi menikmati kehidupan yang lebih bermutu.

Objektif

Membekalkan perkhidmatan kesihatan kepada orang ramai terutama sekali penduduk-penduduk luar bandar untuk pencapaian keadaan sihat dan untuk menggalakkan mereka mengambil bahagian dalam proses penukaran sikap kearah mencapai tahap kesihatan yang baik serta mengelakkan dari berlaku wabak penyakit dan menjauhkan daripada bahaya-bahaya yang boleh menjejaskan kesihatan mereka.