Seperti yang diketahui , negara sedang di fasa late containment bagi menangani penularan jangkitan COVID-19. Ini telah memberi impak terhadap Jabatan Perkhidmatan Transfusi Dan Bank Darah dari segi pembatalan penganjuran Kempen Derma Darah oleh pihak penganjur yang secara langsung telah mengakibatkan penurunan stok bekalan darah semasa.

Sebagai usaha untuk memastikan bekalan darah mencukupi , masa operasi kutipan darah di Tabung Darah HUS akan dilanjutkan seperti berikut :

Isnin- Jumaat : 8 pagi hingga 8 malam
Sabtu – Ahad : 9 pagi hingga 4 petang