1. Berhak mendapat rawatan dan penjagaan kesihatan tanpa mengira bangsa, agama, budaya, kepercayaan, umur , jantina atau status keupayaan fizikal dan mental.
  2. Berhak membuat pilihan rawatan atau penjagaan kesihatan.
  3. Berhak mendapat penjagaan berkualiti dan selamat.
  4. Berhak mendapat maklumat yang cukup serta kebenaran sebelum sebarang rawatan
  5. Berhak mendapat maklumbalas terhadap ketidakpuasan/aduan.
  6. Berhak untuk menyertai dan memberi kerjasama dalam rawatan dan penjagaan kesihatan.
  7. Berhak terhadap pendidikan kesihatan.
  8. Berhak terhadap persekitaran yang sejahtera.
  9. Berhak terhadap rawatan kerahsiaan dan maklumat peribadi anda terpelihara.