PENGENALAN

  • Jabatan Kecemasan dan Trauma Hopital Miri menyediakan perkhidmatan kecemasan kepada pesakit di bahagian utara Sarawak. Beroperasi 24 jam sehari dan jabatan ini mengendalikan pelbagai kes-kes kecemasan. secara amnya, skop perkhidmatan yang disediakan merangkumi Perkidmatan Pra Hospital dan perkhidmatan di hospital.

VISI

  • Menyediakan Perkhidmatan Kecemasan dan Trauma (EMTS) yang cekap dan cemerlang

MISI

1. Menyediakan, menilai dan merawat kes-kes kecemasan yang memerlukan diagnostik, resusitasi dan pengurusan segera yang cekap
2. Mematuhi standard perawatan dalam perubatan kecemasan dan trauma dengan memberikan perkhidmatan yang terbaik

OBJEKTIF

1. Menyediakan Perkhidmatan Kecemasan dan Trauma (EMTS) yang pantas, tepat dan muktamad
2. Menyampaikan penjagaan yang bersepadu dan menyeluruh secara lancar dan berterusan bermula dari peringkat pra hospital sehingga ke perkhidmatan hospital
3. Melaksanakan Total Quality Management (TQM) dalam semua fasa pengurusan kritikal, merangkumi penjagaan pra hospital, proses triage serta pengurusan di zon khusus mengikut keutamaan kes
4. Menyediakan perkhidmatan resusitasi dan penstabilan yang cekap dan berkesan disertakan dengan diagnostik yang tepat serta intervensi rawatan kecemasan
5. Pengurusan pesakit kritikal hendaklah dilaksanakan oleh pasukan yang cekap dan berkemahiran tinggi terdiri daripada Pakar Perubatan Kecemasan, Pegawai Perubatan, Penolong Pegawai Perubatan, Jururawat Terlatih dan anggota kesihatan yang lain

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

  1. Penjagaan Pra-hospital :
    • Pengurusan panggilan kecemasan
    • Perkhidmatan ambulans : responder Pertama, gerak balas kecemasan dan pemindahan antara fasiliti
    • Pengurusan kemalangan dan bencana besar
    • Perlindungan perubatan untuk acara besar dan perhimpunan besar-besaran
  2. Perkhidmatan berasaskan Hospital:
    • Triage
    • Penjagaan Kecemasan Klinikal: Resusitasi dan Penjagaan Kritikal, Penjagaan Semi Kritikal, Penjagaan Bukan Kritikal
    • Pemerhatian
    • OSCC

SKOP PERKHIDMATAN

1. Perkhidmatan rawatan kecemasan
2. Perkhidmatan Pra Hospital dan ambulan
3. Medical Emergency and Coordination Centre (MECC)
4. One Stop Crisis Centre (OSCC)
5. Pengurusan Bencana
6. Perkhidmatan pasukan perlindungan perubatan

WAKTU OPERASI

24 JAM

LOKASI

Jabatan Kecemasan dan Trauma,
Aras 1, Blok B, Hospital Miri