PENGENALAN
Jabatan Perubatan Am merangkumi Wad Perempuan dan Lelaki serta Klinik Pakar (Pakar 3). Wad Perempuan dan Lelaki terletak di tingkat 1 iaitu kedudukan sama dengan Wad Kanak-kanak di Tingkat Bawah. Wad lelaki mengandungi 27 buah katil dan Wad Perempuan pula mengandungi 28 buah katil. Terdapat satu bilik Kelas Pertama dan 4 bilik untuk pengasingan. Manakala Klinik Pakar terletak di Tingkat Bawah yang kedudukan sama dengan Wad Pembedahan Perempuan dan Wad Perempuan di tingkat atas.
SKOP PERKHIDMATAN
Rawatan Pesakit Dalam
- Memberi rawatan yang berpatutan kepada pesakit yang dimasukkan ke dalam wad.
- Menjalankan aktiviti pembelajaran berterusan seperti CME’s, seminar, kursus dan ‘mortality meeting’.
- Merujuk kes-kes yang tertentu ke institusi lain untuk rawatan lanjut.
- Memberi perkhidmatan kepakaran untuk hospital lain-lain seperti Limbang, Marudi dan Lawas.
Rawatan Pesakit Luar
- Memberi khidmat kaunseling kepada pesakit yang menerima rawatan pesakit luar
- Merujuk pesakit luar ke pusat ‘tertiary’ untuk rawatan lanjut (apabila perlu)
- Memberi khidmat kaunseling kepada pesakit dan orang persekitaran mengenai kesihatan