VISI
Hospital Limbang akan menjadi sebuah pusat rawatan yang berkualiti dan antara yang terbaik di Sarawak
MISI
Matlamat Hospital Limbang ialah menyediakan kemudahan perubatan serta pendidikan kesihatan secara berterusan untuk segenap lapisan masyarakat oleh kakitangan yang berkemahiran dan beretika, demi mencapai taraf kesihatan dan kehidupan yang lebih bermutu.
MOTTO
Kualiti adalah suatu aset, perkhidmatan adalah kewajiban
kami mementingkan kedua-duannya.
OBJEKTIF
Melahirkan kakitangan yang cekap dalam bidang masing-masing dan sentiasa bekerjasama sebagai satu pasukan selaras dengan budaya korporat Kementerian Kesihatan Malaysia.
-
Memastikan semua lapisan masyarakat memperolehi perkhidmatan perubatan paling optima daripada kakitangan terlatih secara adil tanpa mengira status sosial, adat resam dan kepercayaan.
-
Mewujudkan persekitaran bekerja yang selesa dan selamat serta mengamalkan polisi dan peraturan yang mesra pelanggan
-
Berusaha menyediakan kemudahan dan peralatan perubatan yang terkini
-
untuk membantu dalam proses membuat diagnosis dan rawatan pesakit sesuai dengan kemajuan teknologi perubatan.
-
Bekerjasama dengan Jabatan Kerajaan, Agensi Swasta, Pertubuhan mahupun Badan Bukan Kerajaan dalam aktiviti amal (charity work), kempen kesihatan serta proses rawatan demi meningkatkan kesedaran serta taraf kesihatan masyarakat setempat.
-
Merujuk pesakit kepada pakar yang berkaitan untuk rawatan lanjut sama ada secara rujukan terus bagi kes kritikal atau secara temujanji bagi kes stabil.
-
Menyediakan perkhidmatan sebelum dan selepas rawatan untuk pesakit (seperti perkhidmatan ambulans, rehabilitasi/fisioterapi dan perkhidmatan rekod perubatan serta kenderaan jenazah) untuk mengurangkan kesulitan yang dihadapi.


