Tuan/Puan, berikut merupakan saringan minda sihat yang menggunakan skala yang mengukur kemurungan (depression), keresahan (anxiety), dan tekanan (stress). Semua maklumat yang anda berikan melalui saringan ini adalah sulit dan tidak akan didedahkan secara umum melainkan dikehendaki oleh undang-undang. Segala rekod data yang anda berikan hanya boleh diakses oleh ahli-ahli Counselling and Psychological Support Squad (CAPSS) Hospital Miri untuk tujuan memantau tahap kesihatan mental anda serta untuk mengenal pasti keperluan intervensi seperti sesi kaunseling. Tiada paksaan untuk anda menghadiri sesi kaunseling dan anda mempunyai hak untuk menolak jika diberikan tawaran menghadiri sesi selepas menjawab saringan ini.