DRYING FIRE: COVID-19 BURNOUT IN HOSPITAL MIRI, MALAYSIA

RISALAH MAKLUMAT PESERTA DAN BORANG PERSETUJUAN atau KEIZINAN PESERTA

(untuk subjek dewasa)

1. Tajuk penyelidikan: DYING FIRE: COVID-19 BURNOUT IN HOSPITAL MIRI, MALAYSIA

 

2. Nama Institusi and nama penyelidik:  Hospital Miri.  Dr. Raja Lope Adam Bin Raja Hussian, Dr. Bawih Inu Pu’un, Dr. Lau Harni Ni, Mas Binti Jali, Cynthia Brenda Jikolin, Dr. Akram Salihin Bin Saparai, Dr. Nur Nadira Binti Mohd Nordin, Dr. Daphenie Chung Tien Nie

 

3. Nama penaja:  Tiada penaja.

 

4. Pengenalan:

Risalah ini menjelaskan hal-hal berkenaan penyelidikan tersebut dengan lebih mendalam dan terperinci. Amat penting anda memahami mengapa penyelidikan ini dilakukan dan apa yang dilakukan dalam penyelidikan ini. Sila ambil masa yang secukupnya untuk membaca dan mempertimbangkan dengan teliti penerangan yang diberi sebelum anda bersetuju untuk menyertai penyelidikan ini. Jika ada sebarang kemusykilan ataupun maklumat lanjut yang anda ingin tahu, anda boleh bertanya dengan mana-mana kakitangan yang terlibat dalam penyelidikan ini. Setelah anda berpuas hati bahawa anda memahami penyelidikan ini, dan anda berminat untuk turut serta, anda dikehendaki untuk menekan butang ‘Setuju’ diakhir borang ini.

Penyertaan anda dalam penyelidikan ini adalah secara sukarela. Anda tidak perlu menyertai penyelidikan ini jika anda tidak mahu. Anda juga mempunyai hak untuk tidak menjawab mana-mana soalan yang anda tidak mahu jawab. Anda juga boleh menarik diri daripada penyelidikan ini pada bila-bila masa sahaja. Jika anda menarik diri, segala maklumat yang telah diperolehi sebelum anda menarik diri tetap akan digunakan dalam penyelidikan ini. Jika anda tidak mahu menyertai ataupun menarik diri dari penyelidikan ini, tindakan anda tidak akan menjejaskan segala hak dan keistimewaan perubatan kesihatan yang selayaknya anda terima.  

Penyelidikan ini telah mendapat kelulusan Jawatankuasa Etika dan Penyelidikan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia. 

 

5. Apakah tujuan penyelidikan ini dilakukan? 

Tujuan penyelidikan ini dilakukan adalah untuk mengukur tahap ‘burnout’ di kalangan kakitangan Hospital Miri di kala pandemic Covid-19. Penyelidikan ini diperlukan kerana dapat memberikan pemahaman yang lebih lanjut berkenaan dengan masalah-masalah yang dihadapi oleh kakitangan Hospital Miri.

Penyelidikan ini akan berlangsung selama 4 bulan (01/05/2021 sehingga 31/08/2021. Dijangka bahawa 400 individu akan mengambil bahagian dalam kajian ini. 

 


 

6. Apakah tanggungjawab saya sewaktu menyertai penyelidikan ini?

Amat penting anda menjawab kesemua soalan yang dikemukakan oleh kakitangan penyelidikan dengan jujur dan lengkap. Anda diberi peluang untuk menjawab borang soal selidik latarbelakang sosiodemografi dan borang soal selidik Oldenburg Burnout Inventory versi bahasa Melayu. Terdapat 47 soalan yang akan mengambil masa dalam sekitar 5 hingga 10 minit. 

 

7. Apakah manfaatnya saya menyertai kajian ini? 

Penyelidikan ini mungkin akan mendatangkan manfaat ataupun langsung tiada memberi apa-apa manfaat kepada anda. Segala maklumat yang diperolehi daripada penyelidikan ini akan dapat membantu dalam memahami tahap ‘burnout’ dikalangan petugas-petugas kesihatan agar mereka dapat mencari solusi untuk membantu menangani tekanan anda.

 

8. Apakah risiko dan kesan-kesan sampingan menyertai penyelidikan ini? 

Risiko untuk penyertaan penyelidikan ini yang adalah minima dan tidak akan menjejaskan anda. Anda berhak untuk tidak menjawab jika rasa tidak selesa dengan mana-mana soalan kajian.  

 

9. Siapakah yang membiayai penyelidikan ini? 

Kajian ini ditaja oleh mana-mana pihak. Anda tidak akan dibayar untuk menyertai kajian ini. 

 

10. Adakah maklumat saya akan dirahsiakan ?

Segala maklumat anda yang diperolehi dalam penyelidikan ini akan disimpan dan dikendalikan secara sulit, bersesuaian dengan peraturan-peraturan dan/ atau undang-undang yang berkenaan. Sekiranya hasil penyelidikan ini diterbitkan atau dibentangkan kepada orang ramai, identiti anda tidak akan didedahkan tanpa kebenaran anda terlebih dahulu. 

Pihak-pihak tertentu seperti individu yang terlibat dalam penyelidikan ini, juruaudit dan jurupantau yang terlatih, pihak berkuasa kerajaan atau undang-undang, boleh memeriksa maklumat atau data kajian jika diperlukan.

11. Siapakah yang perlu saya hubungi sekiranya saya mempunyai sebarang pertanyaan? 

Anda boleh menghubungi doktor penyelidikan Dr. Raja Lope Adam pada nombor telefon 011-10856786 sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai penyelidikan  ini atau  jika anda mengesyaki anda mengalami  kecederaan yang terhasil daripada penyelidikan ini dan anda mahukan maklumat tentang rawatannya.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan dengan hak-hak anda sebagai pesakit dalam penyelidikan ini, sila hubungi: Setiausaha,  Jawatankuasa Etika & Penyelidikan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia, melalui talian telefon 03-3362 8407/8205/8888.


BORANG PERSETUJUAN/ KEIZINAN PESERTA

 

Tajuk Penyelidikan : DYING FIRE: COVID-19 BURNOUT IN HOSPITAL MIRI, MALAYSIA

 

Dengan menekan butang setuju di bawah, saya mengesahkan bahawa :

  • Saya telah diberi maklumat tentang penyelidikan di atas secara lisan dan bertulis and saya telah membaca dan memahami segala maklumat yang diberikan dalam risalah ini.
  • Saya telah diberikan masa yang secukupnya untuk mempertimbangkan penyertaan saya dalam penyelidikan ini dan telah diberi peluang untuk bertanyakan soalan dan semua persoalan saya telah dijawab dengan sempurna dan memuaskan.
  • Saya juga faham bahawa penyertaan saya adalah secara sukarela dan pada bila-bila masa saya bebas menarik diri daripada penyelidikan ini tanpa harus memberi sebarang alasan dan ianya sama sekali tidak akan menjejaskan rawatan perubatan saya pada masa akan datang. Saya tidak mengambil bahagian dalam mana-mana penyelidikan lain pada masa ini. Saya juga memahami tentang risiko dan manfaat penyelidikan ini dan saya secara sukarela  memberi persetujuan  untuk menyertai penyelidikan ini di bawah syarat-syarat yang telah dinyatakan di atas. Saya faham saya harus mematuhi nasihat dan arahan yang berkaitan dengan penyertaan saya dalam  penyelidikan ini daripada doktor penyelidikan (penyelidik) .
  • Saya faham bahawa kakitangan penyelidikan, pemantau dan juruaudit terlatih , pihak penaja atau gabungannya, dan pihak berkuasa kerajaan atau undang-undang, mempunyai akses langsung dan boleh menyemak laporan perubatan saya bagi memastikan penyelidikan ini dijalankan dengan betul dan data direkodkan dengan betul. Segala maklumat dan data peribadi akan dianggap sebagai SULIT.


Powered by NEX-Forms