PENGENALAN
Jabatan Otorinolaringologi ditubuhkan pada Januari 2003. Ianya menyediakan perkhidmatan pesakit luar dan pesakit dalam wad.
SKOP PERKHIDMATAN
- Menyediakan perkhidmatan rawatan pesakit luar dan menyediakan rawatan serta perkhidmatan pesakit dalam di wad.
- Memeriksa dan diagnosis masalah pendengaran sebagai contoh dikalangan kanak-kanak pada peringkat awal dan memberi perkhidmatan serta pemulihan untuk mencegah terbantutnya perkembangan pertuturan.
- Menyediakan rawatan pembedahan.
- Mengesan kehadiran kanser di kalangan pesakit serta melakukan rawatan susulan kepada pesakit kanser.
- Merawat dan menerima kes-kes kecemasan/bukan kecemasan yang dirujuk dari Hospital Bintulu, Hospital Marudi, Hospital Lawas, Hospital Limbang termasuk Hospital Swasta/Klinik Swasta dan Klinik Kesihatan Kerajaan di Zon Utara Sarawak.