PENGENALAN

Jabatan Radiologi menyediakan perkhidmatan perkhidmatan pengimejan dengan menghasilkan imej yang berkualiti diagnostik yang berfungsi untuk mendiagnosis patologi penyakit dengan menggunakan pelbagai kaedah. Kaedah yang digunakan adalah dari sumber Sinar – X, gelombang bunyi (ultrasound) dan gelombang tenaga magnet (MRI).
Perkhidmatan ini diberikan kepada pesakit luar, pesakit wad, pesakit rawatan harian dan pesakit dari Jabatan Kecemasan. Selain dari itu, perkhidmatan juga diberikan kepada pesakit dari klinik kesihatan di kawasan Miri dan hospital yang berada di Kluster Zon Utara. Jabatan ini dikendalikan oleh kakitangan yang berkelayakan seperti pakar radiologi, pegawai perubatan, juru x-ray dan kakitangan sokongan yang lain.

OBJEKTIF

  1. Menyediakan perkhidmatan diagnostik dan pengimejan yang berkesan, cepat, dan kualiti, melalui prosedur operasi dan persekitaran kerja yang kondusif yang membawa kepada kelancaran aliran kerja untuk semua prosedur.
  2. Mematuhi kod amalan untuk perlindungan pekerja, pelanggan dan orang ramai terhadap sinaran radiasi.

SKOP PERKHIDMATAN

  1. 1. Radiografi Am
    2. Radiografi Mudah Gerak
    3. Ultrasonografi (USG)
    4. Computed Tomography (CT Scan)
    5. Mobile C-Arm
    6. Magnetic Resonance Imaging (MRI)
    7. Digital Mammografi
    8. Mobile Image Intensifier (II)
    9. Perkhidmatan janji temu dan laporan radiologi
    10. Orthopantomogram (OPG)

WAKTU OPERASI

Waktu Operasi Blok A :
Isnin – Khamis : 8.00 pagi – 5.00 petang (REHAT : 1.00 petang – 2.00 petang )
Jumaat : 8.00 pagi – 5.00 petang (REHAT : 11.45 pagi – 2.15 petang)
Selepas waktu pejabat : Kes kes kecemasan dan pesakit dalam

Waktu Operasi Blok B : 24 jam (Isnin – Ahad)

LOKASI

Blok A – Aras 1
Blok B – Aras 1