PENGENALAN

Unit Akaun berada di bawah Bahagian Pengurusan Sektor Kewangan, Perolehan dan Aset. Unit ini diketuai oleh seorang Akauntan WA9 yang bertanggungjawab mengurus dan memantau hal ehwal berkaitan kewangan, akaun dan emolumen.

Unit Akaun mempunyai seramai 14 orang anggota yang terdiri daripada tiga (3) orang Penolong Akauntan W5, seorang Ketua Pembantu Tadbir Perkeranian dan Operasi N3, dua (2) orang Pembantu Tadbir Kewangan W2, tiga (3) orang Pembantu Tadbir Perkeranian dan Operasi N2, serta empat (4) orang Pembantu Tadbir Kewangan W1 dan seorang Pembantu Tadbir Perkeranian dan Operasi N1.

OBJEKTIF

Bertanggungjawab menyediakan khidmat sokongan dalam pengurusan kewangan secara efisien, cekap dan teratur selaras dengan peraturan kewangan yang ditetapkan bagi memastikan semua aktiviti dapat dilaksanakan dengan lancar, sempurna dan berkesan ke arah pencapaian objektif Hospital Umum Miri.

SKOP PERKHIDMATAN

Pengurusan Kewangan
• Mengurus, menyediakan dan memantau Belanjawan Mengurus dan Pembangunan secara cekap selaras dengan peraturan dan prosedur kewangan yang berkuat kuasa;
• Menjelaskan semua bayaran dalam tempoh empat belas (14) hari bagi perkhidmatan dan bekalan melalui Sistem iGFMAS;
• Memberikan perkhidmatan yang mesra, berkualiti dan profesional kepada pelanggan dalam menyelesaikan isu berkaitan pengurusan kewangan.

Pengurusan Akaun
• Memastikan Buku Vot Amanah dan Deposit serta Daftar Bil diselenggara dengan teratur dan tepat, serta laporan berkaitan disediakan;
• Menyediakan Laporan Perbelanjaan Bulanan dan Tahunan serta Penyata Penyesuaian Vot Perbelanjaan;
• Menguruskan pembayaran pukal bagi WPUA, bekalan elektrik, air, telefon dan minyak.

Pengurusan Emolumen
• Menguruskan pembayaran emolumen kepada semua anggota Hospital Umum Miri.
• Mengurus dan memastikan semua pembayaran emolumen serta elaun dilaksanakan mengikut peraturan yang ditetapkan.