PENGENALAN
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKTA KKP) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan mula berkuat kuasa pada 25 Februari 1994 di Malaysia. Tujuannya adalah untuk melindungi pekerja daripada bahaya kesihatan dan keselamatan di tempat kerja. Akta ini menetapkan hak dan tanggungjawab semua pihak di tempat kerja. Ia mewujudkan prosedur untuk menangani bahaya di tempat kerja dan memperuntukkan penguatkuasaan undang-undang di mana pematuhan belum dicapai secara sukarela. Akta ini berdasarkan prinsip sistem tanggungjawab dalaman di mana pihak-pihak di tempat kerja bekerjasama untuk mengenal pasti masalah kesihatan dan keselamatan serta membangunkan penyelesaian. Sistem tanggungjawab dalaman ini melibatkan semua orang, daripada jawatankuasa KKP hinggalah kepada pekerja individu.
Di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Polisi Keselamatan dan Kesihatan diperlukan di mana bilangan pekerja secara tetap melebihi 5 orang; Jawatankuasa KKP diperlukan di mana 40 atau lebih pekerja diambil bekerja secara tetap. Hospital Miri sebagai majikan bertanggungjawab di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan untuk menubuhkan polisi KKP dan menyelenggara Jawatankuasa KKP. Jawatankuasa ini adalah badan penasihat yang terdiri daripada wakil pekerja dan pihak pengurusan. Fungsi utamanya adalah untuk merancang dan memantau program KKP terutamanya untuk mengenal pasti bahaya kesihatan dan keselamatan di tempat kerja dan membuat cadangan kepada pihak pengurusan berkaitan dengan kesihatan dan keselamatan di tempat kerja. Untuk melaksanakan tugas-tugas ini, audit keselamatan dijalankan oleh ahli jawatankuasa yang dilantik. Kuasa JKKP dan Wakil Keselamatan dan Kesihatan digariskan dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.
VISI
Safe Workplace, Healthy Staffs
MISI
Untuk menyediakan persekitaran kerja yang selamat dan sihat untuk pekerja.
Untuk memastikan amalan keselamatan dan kesihatan berada pada tahap yang terbaik.
Untuk menyediakan pendidikan dan latihan kepada pekerja mengenai keselamatan dan kesihatan.
Untuk menyediakan pendekatan pelbagai disiplin yang terbaik untuk pekerja.
OBJEKTIF
Untuk memastikan polisi KKP hospital dipatuhi dan diamalkan oleh semua kakitangan
SKOP PERKHIDMATAN
1. Perkhidmatan Klinikal
a. Menjalankan aktiviti pengawasan perubatan dan klinik kesihatan pekerjaan untuk pekerja yang berisiko radiasi, pengendali ubat kemo untuk anggota yang berkenaan
b. Menjalankan aktiviti KOSPEN setiap tahun untuk semua kakitangan hospital
c. Mengendalikan Program Vaksinasi untuk Anggota MGH
d. Menjalankan saringan TB setiap tahun untuk semua kakitangan hospital
e. Perkhidmatan pesakit luar untuk semua kakitangan MGH
f. Menyediakan perkhidmatan OHD di Klinik KKP untuk penyakit pekerjaan (Cth: Dermatitis sentuh, susulan untuk kakitangan yang mengalami Kecederaan Benda Tajam dan sebagainya)
2. Perkhidmatan Keselamatan
a. Menyediakan pemberitahuan dan penyiasatan yang berkaitan dengan penyakit kesihatan pekerjaan dan kemalangan di tempat kerja
b. Memberi nasihat teknikal berkaitan keselamatan dan kesihatan untuk semua aktiviti pembangunan, pengubahsuaian dan pemasangan jentera di hospital
c. Memantau dan menyiasat insiden keganasan terhadap kakitangan kesihatan
d. Menjadi penyelaras untuk Audit Keselamatan di peringkat Hospital
3. Perkhidmatan Pentadbiran
a. Merancang, melaksana dan memantau program keselamatan dan kesihatan pekerjaan di hospital
b. Menguatkuasa Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di fasiliti Kesihatan
c. Menjadi Setiausaha Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) hospital dan ahli Jawatankuasa Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) hospital
d. Melaksanakan tugas sebagai ahli jawatankuasa untuk pelbagai jawatankuasa (Cth: Jawatankuasa Keselamatan Kebakaran, Jawatankuasa Keselamatan Bahan Kimia, Jawatankuasa Radiasi, Jawatankuasa Keselamatan Hospital (Sekuriti))
e. Merancang dan mengendalikan latihan untuk kakitangan hospital yang berkaitan dengan kesihatan dan keselamatan pekerjaan (cth: penilaian risiko kesihatan pekerjaan (HIRARC) di tempat kerja, Penilaian Risiko Kesihatan Bahan Kimia (CHRA) hospital)
f. Merancang, melaksana dan memantau program kesedaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan di hospital.
g. Memantau dan menganalisis data dan trend yang berkaitan dengan kes-kes keselamatan dan kesihatan pekerjaan di kalangan kakitangan hospital
h. Menjalankan tugas yang berkaitan dengan HPIA/KPI di peringkat hospital
i. Menjalankan tugas yang berkaitan dengan MSQH, JStandard 2 peringkat hospital atau mana-mana pensijilan/kelayakan yang berkaitan dengan Perkhidmatan KKP
WAKTU OPERASI
Waktu pejabat (07.30 pagi hingga 4.30 petang)
LOKASI
i. Pejabat UKKP, Brighton House (Perkhidmatan keselamatan dan pentadbiran)
ii. Staff Wellness Clinic, Asrama Jururawat ( Perkhidmatan klinikal)