PENYAKIT ANJING GILA (RABIES)
Apakah Penyakit Rabies?
Penyakit rabies adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan Lyssavirus dari haiwan seperti anjing yang dijangkiti rabies.
Rabies berjangkit melalui luka gigitan, luka terbuka pada kulit dari air liur, cairan atau tisu tubuh dari haiwan tersebut kepada manusia.
Masa inkubasi rabies adalah 3 minggu hingga 2 bulan dari gigitan haiwan rabid hingga timbul gejala.
Individu yang dijangkiti rabies akan mengalami tanda klinikal seperti demam, sakit badan dan kepala, hidrofobia, lumpuh dan koma.
Rabies adalah satu penyakit yang menyebabkan kematian 100% jika tanda-tanda penyakit telah timbul.
Tindakan Kawalan Jabatan Kesihatan Sarawak
- Pengurusan kes jangkitan rabies
- Pengeluaran health alert kepada semua pengamal perubatan
- Membuka bilik gerakan untuk memantau kejadian dan menyelaras aktiviti pencegahan dan kawalan wabak
- Mengukuhkan aktiviti survelan pemantauan kes gigitan anjing dan haiwan liar
- Mengukuhkan pengurusan kes gigitan anjing dan haiwan liar
- Menyediakan stockpile vaksin rabies yang mencukupi
- Meningkatkan aktiviti pendidikan kesihatan berkaitan penyakit rabies dan langkah pencegahannya
Langkah-langkah Pencegahan
Oleh yang demikian, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menasihati orang awam yang tinggal di daerah Serian agar mengambil langkah-langkah pencegahan seperti berikut bagi mengelakkan dari dijangkiti penyakit rabies :
1. Dapatkan rawatan segera ke klinik kesihatan atau hodpital terdekat jika telah mengalami gigitan anjing peliharaan yang agresif atau anjing liar
2. Pastikan anjing peliharaan telah mendapatkan suntikan anti-rabies di klinik haiwan terdekat dan elakkan kontak bersama anjing liar
3. Jika anjing peliharaan di dapati tidak sihat atau agresif dapatan rawatan di klinik haiwan dan laporkan ke pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar setempat
4. Laporkan kepda pihak berkuasa tempatan jika terdapat anjing liar yang berkeliaran di kawasan tempat tinggal
5. Sentiasa mengekalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti amalan kerap membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun selepas kontak dengan anjing peliharaan