Logo AKRAB

Pengenalan

Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) merupakan nama khusus bagi pegawai yang dilantik sebagai pembimbing rakan sekerja sepertimana yang dikehendaki dalam arahan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 18 Tahun 2005.

AKRAB berkonsepkan rakan membantu rakan dengan memupuk semangat berpasukan, keakraban dan membangunkan potensi yang ada pada diri masing-masing.

AKRAB Hospital Umum Sarawak (HUS) telah ditubuhkan pada tahun 2011. Kini terdapat seramai 60 orang ahli (sehingga Mac 2013) yang terdiri daripada anggota kesihatan & pengurusan Hospital Umum Sarawak dari pelbagai gred.

AKRAB HUS dipengerusikan oleh SN Jong Nyuk Kee, Jururawat Klinik Pakar Pembedahan HUS.

Unit Psikologi dan Kaunseling HUS bertindak sebagai penyelaras program dan kegiatan ahli-ahli AKRAB HUS.

Visi Dan Misi

Visi & Objektif

“Menjadikan AKRAB sebagai penggerak pembangunan modal insan dalam pengurusan sumber manusia”

“Menyediakan perkhidmatan membimbing bagi membantu rakan sekerja meningkatkan potensi dan kecemerlangan diri”

Misi

1. Melaksanakan aktiviti khidmat membimbing kepada warga organisasi.

2. Membantu pegawai yang memerlukan bantuan dalam menghadapi permasalahan kehidupan.

3. Bertindak sebagai perantara antara pegawai dengan kaunselor dalam membuat saringan kesesuaian masalah.

4. Mewujudkan hubungan baik dengan pihak pengurusan sumber manusia di agensi bagi memudahkan perlaksanaan aktiviti AKRAB.

Matlamat

1.    Berkongsi permasalahan

2.    Memperkuatkan semangat

3.    Budaya kerja berpasukan

4.    Sokongan kepada perubahan

5.    Berkongsi ilmu dan pengetahuan

6.    Meneguhkan perubahan

Perkhidmatan
Antara perkhidmatan yang diberikan oleh AKRAB HUS adalah seperti berikut:
1. Memberikan khidmat bimbingan rakan seperkhidmatan di HUS secara bimbingan individu di mana pegawai dan kakitangan HUS boleh memilih sendiri pegawai AKRAB HUS yang mereka rasakan mampu meringankan masalah yang dihadapi.

2. Memberikan khidmat bimbingan rakan seperkhidmatan di HUS secara bimbingan kelompok di mana lebih dari seorang pegawai dan kakitangan HUS boleh berbincang bersama-sama mengenai masalah yang sedang dihadapi.

3. Sekiranya masalah yang dihadapi oleh pegawai dan kakitangan HUS adalah serius, pegawai AKRAB HUS akan membantu merujukkan pegawai dan kakitangan tersebut kepada Pegawai Psikologi Kaunseling HUS bagi urusan selanjutnya.

Carta Organisasi
Rasional Penubuhan
Dalam sesebuah organisasi seperti KKM, terdapat pelbagai kelompok dan peringkat pekerja yang mempunyai budaya tersendiri dan saling bergantung antara satu sama lain. Budaya kerja dan kualiti samada positif atau negatif mudah menular di kalangan rakan sekerja. Lantaran itu, rakan sekerja menjadi faktor terpenting dalam mempengaruhi kualiti peribadi seseorang pegawai dan seterusnya budaya organisasi.Ini adalah kerana :
1. Pegawai berasa lebih selesa berbincang dengan rakan berbanding pegawai atasan mereka.

2. Lebih mudah berbincang tentang kebimbangan peribadi dan menerima pertolongan daripada mereka.

3. Pegawai boleh dilatih untuk memberi pertolongan yang positif dan lebih berkesan kepada rakan mereka.

Aktiviti
Aktiviti Tarikh Tempat