1. Tidak merokok di kawasan tangga kecemasan di Wad atau di dalam kawasan Hospital Umum Sarawak. Sekiranya pelawat didapati merokok di kawasan Hospital, saman kompaun akan dikenakan.
  2. Tidak boleh mengambil gambar dalam wad.
  3. Telefon Bimbit berada dalam keadaan senyap.
  4. Tidak duduk di atas katil-katil pesakit yang kosong di dalam Wad.
  5. Tidak membuat bising.
  6. Tidak mengganggu pesakit lain.
  7. Tidak merayau-rayau dalam wad.
  8. Tidak boleh berniaga (menjaja makanan) dalam wad atau di kawasan Hospital.
  9. Sentiasa mengawasi kanak-kanak supaya tidak mengganggu peralatan di dalam wad dan pesakit lain.
  10. Tidak dibenarkan membawa kanak-kanak di bawah 12 tahun ke bawah datang melawat ke Wad berikutan risiko jangkitan penyakit.