PERKHIDMATAN SUKARELAWAN DI FASILITI KKM
Hospital Umum Sarawak ingin mempelawa orang awam untuk menyertai Perkhidmatan Sukarela di Hospital Umum Sarawak. Sukarelawan adalah individu yang melakukan tugasan bagi kepentingan pesakit tanpa ganjaran kewangan dan tidak memerlukan kelayakan khusus.
Objektif:
- Membantu dan memberikan sokongan untuk memenuhi keperluan sosial, kebajikan, spiritual dan emosi pesakit semasa menjalani rawatan dan pemulihan di fasiliti KKM
- Menggalakkan kerjasama dan sumbangan komuniti bersama anggota kesihatan dalam proses rawatan dan pemulihan pesakit
- Mengenalpasti keperluan sokongan sosial komuniti dan menggalakkan persekitaran kondusif hidup bermasyarakat dengan memperkasakan budaya penyayang dan semangat solidarity kemasyarakatan
- Menyediakan perkhidmatan nilai tambah kepada pesakit dan seterusnya memperbaiki sistem perkhidmatan fasiliti KKM tanpa meningkatkan perbelanjaan
Peranan Sukarelawan
- Membantu dan memberi sokongan untuk memenuhi keperluan social, kebajikan, spiritual dan emosi pesakit semasa menjalani rawatan dan pemulihan di hospital.
- Sukarelawan boleh membantu semua pesakit kecuali pesakit dalam kategori terlibat kes mahkamah, kes penderaan dan pengabaian kanak-kanak dan pesakit yang mengidapi penyakit berjangkit.
- Kerahsiaan dan privasi pesakit hendaklah sentiasa dipelihara
Syarat bagi menyertai perkhidmatan ini adalah;
i. Warganegara Malaysia atau penduduk tetap yang berumur 18 tahun dan ke atas
ii. Tiada kelayakan khusus diperlukan
iii. Memaklumkan status kesihatan terkini serta sebarang penyakit dan rawatan yang dijalani semasa memohon
iv. Pemohon digalakkan menjalani pemeriksaan kesihatan dan mempunyai insurans kesihatan
v. Bersetuju mematuhi polisi kerahsiaan dan privasi pesakit, polisi kebakaran dan keselamatan,kawalan infeksi serta mengelakkan konflik kepentingan.
vi. Pemohon melepasi tapisan keselamatan
vii. Perkhidmatan ini adalah secara sukarela, tiada ganjaran kewangan diberikan.
Cara memohon
- Pemohon boleh memuat turun borang permohonan yang disertakan dalam laman rasmi HUS ini.
- Pemohon juga boleh mendapatkan borang permohonan di Jabatan kerja Sosial Perubatan(JKSP), Hospital Umum Sarawak.
- Borang yang telah dilengkapkan boleh dihantar ke JKSP, Hospital Umum Sarawak.
- Sebarang pertanyaan lanjut , boleh menghubungi Pegawai Penyelaras Perkhidmatan Sukarela seperti maklumat di bawah;
[MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN]
En Hamzah Bin Bolhan
Ketua Jabatan Kerja Sosial Perubatan
Tingkat 3, Klinik Pakar,
Hospital Umum Sarawak
No Telefon: 082-276524