Soalan Lazim
1.Bagaimana caranya untuk mendapatkan rawatan di Klinik Pakar Hospital Umum Sarawak?
Bagi kes-kes yang memerlukan rawatan Pakar, kes perlu dirujuk daripada Klinik Kesihatan/Hospital Kerajaan atau Klinik/Hospital Swasta (bayaran lebih tinggi dikenakan bagi rujukan daripada Klinik/Hospital Swasta)
2.Berapakah caj kemasukan @ cagaran hospital bagi warganegara dan bukan warganegara ?
Bagi warganegara wang cagaran berbeza mengikut disiplin. RM 30 untuk kes Perubatan atau Pembedahan dan RM 15 bagi kes Sakit Puan. Manakala bagi bukan warganegara RM 1100 bagi kes Perubatan atau Pembedahan dan RM 800 bagi kes Sakit Puan.
3.Siapakah yang boleh mendapat pemotongan atau pengecualian bil hospital ?
Bagi semua kes penyakit berjangkit : ianya adalah percuma bagi mereka berpendapatan bawah RM 300, pemegang kad bantuan Kebajikan masyarakat / MAIK, OKU, pelajar sekolah, kaki tangan kerajaan : pemotongan @ pengecualian boleh dipertimbangkan.
4.Apakah penyakit berjangkit yang dimasukkan ke wad dikecualikan dari bayaran?
Ya, semua jenis penyakit berjangkit dikecualikan.
5.Adakah Hospital Umum Sarawak ada menjalankan ujian darah untuk HIV?
Bagi orang awam yang ingin menjalani ujian tersebut tetapi bukan pesakit di wad atau Klinik pakar di Hospital Umum Sarawak, mereka perlu mengambil darah di Klinik Kesihatan yang berhampiran seperti Klinik Kesihatan Jalan Masjid, Klinik Kesihatan Tanah Puteh dan sebagainya. Pihak Klinik Kesihatan akan menghantar sampel darah tersebut ke HUS untuk diproses. Keputusan ujian darah akan dihantar ke Klinik Kesihatan yang mengambil sampel tersebut.
6.Apakah dokumen-dokumen yang perlu dibawa semasa mendapatkan rawatan atau kemasukan bagi tujuan pengecualian bayaran ?
Kad Kebajikan Masyarakat, Kad Pencen, surat sekolah, surat pengesahan (eGL).
7.Apakah yang dimaksudkan dengan kes-kes kecemasan bagi tujuan rawatan di Jabatan Kecemasan ?
Kes-kes kecemasan termasuk kes kemalangan ( di jalan raya / di tempat kerja / domestik ) serangan lelah, serangan jantung, pengsan, digigit ular, kebakaran, sawan, pendarahan kemaluan, keracunan makanan, sakit perut secara tiba-tiba dan amat kuat.
8.Adakah pihak hospital bertanggungjawab di atas kehilangan harta benda atau kenderaan pesakit / waris?
Tidak. Pihak hospital tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan. Oleh sebab itu pesakit/waris dinasihatkan tidak membawa sebarang barang berharga semasa berada di hospital.
9.Adakah Hospital Umum Sarawak ada membekalkan vaksin untuk Hepatitis A dan B kepada orang awam?
Kami tiada menyediakan perkhidmatan tersebut.
10.Adakah Hospital Umum Sarawak mempunyai Wad Materniti Kelas 1 untuk ibu selepas bersalin?
Kami tiada menyediakan Wad Materniti Kelas 1 di hospital ini.
Apakah jadual waktu operasi pusat menderma darah di Hospital Umum Sarawak?
Jadual operasi pada ketetapan berikut :
HARI | MASA |
Isnin hingga Khamis | 08.00 pg – 12.30 tghr 02.00 ptg – 04.30 ptg |
Jumaat | 08.00 pg – 11.30 pg 02.15 ptg – 04.30 ptg |
Hari Sabtu, Ahad & Cuti Umum | Tidak Dibuka |
Pegawai untuk dihubungi jika terdapat sebarang pertanyaan :
a) Bahagian Perubatan – Dr Norinawati bt Abg Daud
b) Bahagian Pengurusan – Pn Mary Belare (Unit Komunikasi Korporat)