PENGENALAN
Jabatan Dietetik Dan Sajian (JDS) merupakan sebahagian daripada perkhidmatan sokongan di dalam Hospital Miri. Bangunan JDS ini telah wujud bersama pembinaan Hospital Miri di tapak bagunnan berkonsepkan ‘Hospital Nukleus’ pada tahun 1995. JDS bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan dietetik klinikal , perkhidmatan diet pesakit dan juga mempromosikan diet yang sihat bagi membantu rawatan pesakit selaras dengan visi dan misi hospital serta Kementerian Kesihatan Malaysia. Hospital Miri merupakan hospital berpakar utama di zon utara Sarawak dengan bilangan katil terkini sebanyak 677 buah katil.
VISI
Ke arah pengurusan kendiri untuk memberikan perkhidmatan sajian dan klinikal dietetik yang cemerlang, kecemerlangan yang berkesinambungan antara yang terbaik di Sarawak.
MISI
Perkhidmatan Dietetik: Membantu rawatan perubatan melalui perkhidmatan dietetik klinikal dan promosi kesihatan berdasarkan amalan “evidence-based” disamping menyumbang kepakaran dalam bidang berkenaan serta menyumbang kepada kajian dan penyelidikan dalam bidang pemakanan dan dietetik.
Perkhidmatan Sajian: Merancang penyediaan makanan dengan memenuhi keperluan nutrien, tatacara proses sajian, prinsip kebersihan dan keselamatan makanan, bersesuaian dengan teknologi semasa serta berkualiti dan melaksanakan sistem pengurusan dengan sempurna berdasarkan polisi-polisi, pekeliling-pekeliling dan arahan yang ditetapkan.
OBJEKTIF
Objektif Umum
Untuk memastikan perkhidmatan makanan dan perkhidmatan dietetik klinikal serta promosi kesihatan dilaksanakan secara profesional, berkualiti dengan mengutamakan pelanggan.
Objektif Khusus
– Untuk memastikan diet normal dan diet terapeutik dibekalkan mengikut pesanan wad bagi kelas satu, dua dan tiga serta wad kanak-kanak.
– Untuk memastikan diet kelas satu dibekalkan kepada doktor bertugas atas panggilan mengikut kelayakan.
– Untuk memastikan khidmat “Medical Nutrition Therapy” bagi “Oral Diet” dan “Nutrition Support” diberikan kepada pesakit yang dirujuk oleh Pegawai Perubatan.
– Untuk memberikan latihan praktikal katering dan kepada pelatih dari institut pengajian tinggi.
– Untuk menggalakkan penglibatan di dalam kajian serta penyelidikan katering dan dietetik klinikal/dietetik komuniti mengikut keperluan demi peningkatan mutu perkhidmatan.
SKOP PERKHIDMATAN
i.Melaksanakan proses pembelian, penerimaan, penyimpanan, pemprosesan dan kawalan kualiti makanan.
ii.Melaksanakan prapenyediaan, masakan diet untuk pesakit dalam wad, Petugas paramedik dewan bedah dan doktor bertugas atas panggilan.
iii.Membekalkan ration makanan dan produk khusus untuk pesakit dalam wad.
iv.Memberikan perkhidmatan kaunseling diet, dietetik klinikal dan pendidikan diet untuk pesakit.
v.Jabatan Dietetik Dan Sajian akan beroperasi dari 0500hrs hingga 1900hrs setiap hari bagi penyediaan hidangan diet.
vi.Pemantauan kafeteria, kedai serbaneka dan mesin layan diri serta fasiliti berkaitan.
PIAGAM PELANGGAN
Perkhidmatan Dietetik:
1. Memastikan perkhidmatan dietetik klinikal kepada pesakit yang dirujuk oleh Pakar/Pegawai Perubatan disediakan berdasarkan keperluan dan kesesuaian seperti berikut:
1.1 Pesakit Luar (Bilik Klinik Diet, Pakar 3 / Bilik Kaunseling 2, Klinik Pakar Pediatrik, Aras 2, Blok B)
Selasa – Khamis 0900 pagi hingga 1200 tengahari
1.2 Pesakit Dalam Wad
Semua pesakit dilihat dalam tempoh 24 jam (hari bekerja) selepas rujukan diterima.
2. Menyediakan bahan pendidikan pemakanan yang bersesuaian mengikut keperluan pesakit.
WAKTU OPERASI
5.00 pagi hingga 7.00 malam
LOKASI
Blok A Bangunan Utama Hospital Miri