PENGENALAN

Unit Penyeliaan Penolong Pegawai Perubatan Hospital Miri atau Unit Penyeliaan Hospital (UPH) merupakan salah satu komponen dibawah Pengurusan Hospital Miri. Unit ini berperanan dalam pengurusan sumber dan penyeliaan klinikal untuk memastikan mutu perkhidmatan yang cemerlang, cekap dan selamat diberi kepada pesakit -pesakit oleh anggota dibawah jagaannya iaitu Penolong Pegawai Perubatan (PPP) dan Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK).

VISI

Menjana pasukan sokongan perubatan yang kompeten dan berdedikasi dengan sentiasa mempertingkatkan mutu perkhidmatan yang diberi kepada pesakit secara berterusan.

MISI

Menyediakan Perkhidmatan Penyeliaan Klinikal yang kompeten dan berdedikasi kepada anggota di bawah jagaan supaya setiap aktiviti perkhidmatan diberi secara profesional dan efektif memenuhi keperluan pelanggan.

OBJEKTIF

1. Memastikan perkhidmatan yang diberi oleh Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan dilaksanakan secara profesional, cekap dan berkualiti sepanjang masa.

2. Mengurus sumber manusia dibawah kawalan dengan cekap dan mengoptimakan bilangan anggota di sesuatu unit atau jabatan mengikut kepentingan perkhidmatan.

3. Merangka dan melaksanakan program latihan jangka pendek dan jangka panjang secara berterusan dan berkesan kepada anggota dibawah jagaan.

SKOP PERKHIDMATAN

1. Pengurusan Sumber Manusia

1.1. Perjawatan pegawai (Pengkalan Data)
1.2. Permohonan Perjawatan Baru (Anggaran Belanja Mengurus)
1.3. Penempatan / penempatan semula pegawai
1.4. Pengagihan pegawai
1.5. Tatakelakuan pegawai

2. Pentadbiran

2.1. Mesyuarat berkala unit Penyeliaan Penolong Pegawai Perubatan dan mesyuarat jabatan Hospital.
2.2. Kewangan / Peruntukan Modal Insan.
2.3. Perolehan / Aset.

3. Penyeliaan Klinikal (Clinical Supervision)

3.1. Standard Operating Procedure’ (SOP yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembantu Perubatan mengikut aktiviti ) dan CPG Kementerian Kesihatan Malaysia.
3.2. Dokumentasi klinikal
3.3. Kawalan jangkitan / infeksi
3.4. Audit Klinikal
3.5. Keselamatan Pesakit (Patient Safety)

4. Perkhidmatan Rawatan Pra Hospital dan Ambulans Kecemasan

4.1. Pusat Panggilan Ambulans Kecemasan (MECC)
4.2. lntrafasiliti dan lnterfasiliti
4.3. Pasukan Perlindungan Perubatan (Medical standby).

5. Pematuhan Akta dan Peraturan

5.1. Pematuhan kepada Akta 180, Akta Pembantu Perubatan (Pendaftaran) 1977.
5.2. Peraturan-peraturan yang ditetapkan peringkat hospital diamalkan semasa menjalankan aktiviti kerja harian.
5.3. Pematuhan kod etika Pembantu Perubatan.
5.4. Pematuhan senarai tugas Penolong Pegawai Perubatan (AMO) dan Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK) yang telah diluluskan mengikut bidang kerja masing-masing.

6. Pengurusan Latihan.

6.1. Orientasi anggota baru
6.2. Merancang latihan bagi anggota bagi Program Posbasik dan Ijazah yang berkaitan.
6.3. Menyelaras & latihan yang dihadiri oleh anggota
6.4. Menyediakan laporan latihan dihadiri oleh anggota
6.5. Mengurus Buku Log Latihan dan MyCPD.
6.6. Menyelaras latihan Tahap I, 2 dan 3 bagi Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK)

7. Penyelidikan

Penyelidikan yang melibatkan perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan

8. Tugas Atas Panggilan.

8.1. ‘Clinical’ Supervision’ di jabatan-jabatan yang melibatkan anggota dibawah jagaan.
8.2. Penyediaan jadual tugas atas panggilan.
8.3. Pemantauan terhadap anggota yang melakukan tugasan atas panggilan.
8.4. Semakan laporan harian
8.5. Penyediaan laporan kepada Pengarah Hospital.

9. Pengurusan Bencana

9.1. Ahli Jawatankuasa Induk Bencana
9.2. Ahli Jawatankuasa lnduk Keselamatan Kebakaran dan Fire (Safety Officer).

PIAGAM PELANGGAN

1. Melaksanakan Program Orientasi kepada ahli-ahli yang baru dilantik (PPP dan PPK) dan memastikan mereka berpindah masuk dalam tempoh satu minggu sebelum penempatan ahli.

2. Menempatkan ahli-ahli di Jabatan / Unit / Wad mengikut latihan fizikal yang ada dan berdasarkan keperluan serta kepentingan perkhidmatan.

3. Menyelaras Latihan Peningkatan Pembantu Perawatan Kesihatan Tahap 1 dan 2.

4. Menyelaras permohonan pembaharuan Sijil Pendaftaran tahunan dalam kalangan Penolong Pegawai Perubatan.

WAKTU OPERASI

Isnin hingga Jumaat: 7.30 Pagi hingga 4.30 Petang
Sabtu, Ahad & Cuti Umum: Tutup

DIREKTORI

Ketua Penyelia Hospital,
Unit Penyeliaan Hospital,
Hospital Miri.
No. Tel.: 085-420033
Email: ppphmiri@moh.gov.my

LOKASI

Aras 2, Blok A, Hospital Miri