Bahagian Samarahan telah diisytiharkan sebagai Bahagian Kelapan pada tahun 1987. Ia terletak kira-kira 30 kilometer dari Bandaraya Kuching dan boleh dihubungi melalui jalan darat atau melalui sungai. Bahagian Samarahan yang berkeluasan lebih kurang 2,927.56 kilometer persegi mempunyai 3 daerah, iaitu Samarahan, Simunjan dan Asajaya.
Fasiliti – fasiliti Pejabat Kesihatan Bahagian Samarahan kini merangkumi Pejabat Kesihatan Bahagian Samarahan, 2 Pejabat Kesihatan Daerah, 12 buah klinik kesihatan, 3 buah Klinik Kesihatan Ibu dan Anak dan 3 buah Klinik 1 Malaysia .
Perkhidmatan utama yang disediakan oleh Pejabat Kesihatan Bahagian Samarahan adalah Pengurusan Kesihatan Awam yang merangkumi aktiviti-aktiviti berikut:
- Perkhidmatan Pembangunan Kesihatan Keluarga.
- Perkhidmatan Kawalan Penyakit dan Kesihatan Persekitaran.
- Perkhidmatan Promosi Kesihatan.
- Perkhidmatan Sokongan yang merangkumi pengurusan, makmal, farmasi, rehabilitasi dan x-ray.
Pejabat Kesihatan Bahagian Samarahan beroperasi di alamat:
PEJABAT KESIHATAN BAHAGIAN SAMARAHAN,
Jalan Datuk Mohd Musa,
94300 Kota Samarahan,
Sarawak.
Bangunan Lama PKB Samarahan

Bangunan Baru PKB Samarahan
