FUNGSI & OBJEKTIF

Bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas-tugas merangkumi penyelenggaraan

sistem komputer seperti penyelanggaraan pencegahan dan penyelenggaraan

kelengkapan IT serta tugas-tugas penyelenggaraan aplikasi perkomputeran dan

operasi sistem dalam sesebuah organisasi.

PENGURUSAN ICT

1) Memeriksa dan menyelenggara kelengkapan peralatan ICT yang rosak seperti

kerosakan perkakasan utaman, komponen-komponen dan aksesori yang lain.

2) Sebagai pegawai urusan bagi aktiviti penyelenggaraan termasuk mencatat log,

memantau kerja yang dilakukan oleh pembekal, membuat tindakan susulan

kepada pihak berkaitan.

3) Membantu menguruskan semua hal-hal berkaitan dengan aduan kerosakan

peralatan ICT.

4) Membantu pihak pengurusan dalam menguruskan pendaftaran serta

mendokumentasi maklumat aset alih kerajaan bagi peralatan ICT.

5) Membantu pihak pengurusan dalam menguruskan proses pelupusan aset alih

kerajaan bagi peralatan ICT.

6) Menyediakan keperluan alatan ICT untuk pegawai/staf dan membantu mereka

sewaktu menggunakannya.

7) Membantu memberi input di dalam menyediakan keperluan perolehan ICT.

8) Sebagai pegawai yang dilantik dalam menguruskan 1GOVUC.

9) Membantu pihak pengurusan dalam melaksanakan Ekosistem

Kondusif Sektor Awam (EKSA).

9) Menjadi pegawai sumber Help-desk dan 1st Level Support.

10) Melaksanakan tugas-tugas lain berkaitan pengurusan ICT yang diarahkan dari

masa ke semasa seperti menjadi AJK teknikal bagi setiap program yang dianjur

oleh fasiliti.

38

PENGURUSAN PERKAKASAN/PERISIAN & KESELAMATAN ICT

 

Membantu dalam menyediakan peralatan ICT bagi aktiviti pengemaskinian

data dan maklumat untuk aplikasi dan sistem online dan sebagainya.

Membantu isu-isu keselamatan peralatan ICT dan system maklumat serta

mematuhi kawalan dan prosedur keselamatan yang berkesan selaras dengan

dasar-dasar keselamatan E-PATUH yang telah ditetapkan oleh KKM serta

MAMPU.

PENGURUSAN RANGKAIAN

 

Membantu, memantau dan menyelia rangkaian 1GOV*NET.

Membantu menguruskan semua aduan berkaitan talian 1GOV*NET semua

fasiliti di bawah pengurusan PKB Samarahan.