Sebagai satu organisasi pengurusan kesihatan awam kami bertekad untuk memberi
perkhidmatan yang berkualiti dan berjanji untuk melaksanakan perkara seperti
berikut:
Unit Kesihatan Keluarga & Primer
• Memberi perkhidmatan yang berkualiti kepada semua yang hadir di klinik
kesihatan mengikut tempoh yang ditetapkan.
• Memastikan saringan kesihatan dilakukan sekurang-kurangnya 5% daripada
setiap kumpulan umur remaja, dewasa dan warga emas.
Unit Kawalan Penyakit & Promosi Kesihatan
• Memastikan semua penyakit berjangkit dinotifikasi, disiasat dan diambil tindakan
dalam tempoh yang ditetapkan.
• Memastikan aktiviti promosi kesihatan (dialog/ceramah/gotong-royong) dilakukan
dalam tempoh 14 hari dari tarikh perisytiharan wabak.
Unit Pengurusan Kesihatan Awam
• Memastikan semua aduan disiasat dan diambil tindakan dalam masa 5 hari
bekerja.
• Memastikan semua pesanan kerajaan disediakan dalam tempoh 3 hari bekerja.
• Memastikan semua baucer bayaran diproses dalam tempoh 7 hari bekerja.
Unit Kesihatan Persekitaran dan Penguatkuasaan
• Membuat pensampelan makanan dan air minuman mengikut jadual.
• Menilai tahap kebersihan semua premis makanan sekurang-kurangnya sekali
dalam setahun.
• Menyiasat dan mengambil tindakan susulan terhadap semua pelanggaran undang-
undang kesihatan dalam tempoh 2 minggu bekerja.