
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada tuan-tuan dan puan-puan yang melayari laman web PKB Samarahan. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat datang dan selamat melayari laman web kami.
Laman web ini diwujudkan adalah bertujuan untuk berkongsi maklumat kesihatan dengan semua lapisan masyarakat sesuai dengan era digital dan kemajuan teknologi terkini serta selari dengan motto KKM iaitu Kami Sedia Membantu.Kami berharap perkongsian ini dapat menambah ilmu pengetahuan dan memberi kesedaran untuk semua masyarakat untuk mempunyai kawalan kesihatan yang lebih baik keatas diri mereka sendiri.
Pihak kami juga menggunakan laman web ini untuk memudahkan perkongsian informasi dengan semua pegawai-pegawai dibawah jagaan. Saya berharap semua pegawai menggunakan laman web ini sepenuhnya untuk mendapatkan informasi terkini demi memudahkan perlaksanaan perkhidmatan yang diberikan.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua warga PKB Samarahan yang berjaya merealisasikan kewujudan laman web ini dan usaha serta kerja keras untuk meraih persijilan EKSA dan ISO 9001:2015.
Sekian, terima kasih.