PENGENALAN

Unit Farmasi merupakan salah satu unit di bawah perkhidmatan Kesihatan Keluarga kategori Sokongan Klinikal dan bertanggungjawab dalam menyediakan perkhidmatan mengenai ubat-ubatan berkonsepkan penjagaan farmaseutikal secara total. Terapi ubat-ubatan dioptimakan dengan memastikan pengurusan perolehan dan penggunaan ubat secara rasional dan kos efektif. Terdapat tujuh klink di bawah PKB samarahan yang mempunyai unit farmasi iaitu KK Kota

Samarahan (Samarahan), KK Asajaya (Daerah Asajaya), KK Sadong Jaya (Daerah

Asajaya), KK Tebakang (Daerah Serian), KK Balai Ringin (Daerah Serian), KK

Bunan Gega (Daerah Serian) dan KK Munggu Lallang (Daerah Simunjan).

Unit farmasi juga mengadakan aktiviti-aktiviti ‘Penggunaan Ubat Berkualiti’ orang

awam seperti mengadakan pameran dan ceramah bagi menekankan kefahaman

dan pendidikan pesakit berkenaan ubat-ubat yang digunakan bagi menjamin

pengunaan ubat yang betul dan selamat.

Unit farmasi juga telah memulakan perkhidmatan klinikal yang melibatkan pesakit

diabetes melalui Diabetis Medication Therapy Adherance Clinic (DMTAC) mulai

tahun 2015 di Klinik Kesihatan Kota Samarahan dan 2016 di Klinik Kesihatan

Asajaya.

 

OBJEKTIF

  1. Untuk menyediakan perkhidmatan farmasi yang lebih teratur dan berkesan

untuk pesakit dan unit lain.

  1. Untuk memastikan pesakit dibekalkan dengan ubat yang betul, tepat, selamat

dan berkesan.

  1. Untuk memastikan semua ubat yang dibekalkan dalam keadaan baik,

dibungkus dengan betul, dilabel dan didispen dengan arahan yang jelas dan

betul.

  1. Untuk memastikan stok ubat-ubatan dan bukan ubat sentiasa mencukupi

untuk memenuhi permintaan pesakit dan unit lain