JABATAN PSIKIATRI & KESIHATAN MENTAL

Pengenalan & Latar Belakang Perkhidmatan Psikiatri

Berdasarkan statistik Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada tahun 2018, satu daripada nisbah empat orang penduduk di dunia mengalami gangguan kesihatan mental dalam jangka masa kehidupan mereka. National Health and Morbidity Survey (NHMS) 2015 mendapati 29.2% penduduk Malaysia berusia 16 tahun ke atas mempunyai masalah kesihatan mental. NHMS 2017 yang dijalankan dalam kalangan remaja berusia 13 hingga 17 tahun mendapati 18.3% remaja mengalami kemurungan, 10.0% mempunyai fikiran untuk membunuh diri dan 6.9% telahpun cuba membunuh diri. NHMS 2019 mendapati 2.3% daripada penduduk Malaysia ataupun setengah juta penduduk mengalami Penyakit Kemurungan di Malaysia yang mana Melaka merupakan negeri yang ke-5 yang mempunyai peratusan tertinggi iaitu 3.8% selepas Sabah, Perlis, Negeri Sembilan dan Putrajaya (5.4%). Kajian ini juga mendapati 424,000 kanak-kanak mengalami masalah kesihatan mental di Malaysia. Kajian yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Universiti Harvard pada 2015 mendapati beban ekonomi yang disebabkan oleh penyakit mental di Malaysia diramalkan menjadi sebanyak USD 25.3 billion pada 2030 dan perbelanjaan untuk kesihatan mental adalah 1.3% daripada jumlah yang diperuntukkan untuk bahagian kesihatan.

Dengan jumlah pesakit mental yang bertambah saban tahun, ditambah lagi dengan krisis ekonomi yang disebabkan oleh pandemik COVID-19 baru-baru ini, Hospital Sri Aman perlu menyediakan prasarana yang mencukupi bukan sahaja untuk aktiviti perawatan pesakit akut, tetapi juga aktiviti rehabilitasi dan pencegahan penyakit kepada ahli keluarga dan masyarakat setempat. Perkhidmatan Jabatan Psikiatri di Hospital Sri Aman telah bermula pada tahun 1977 apabila wad psikiatri lama telah dirasmikan. Pada peringkat awal penggunaannya, pesakit mental masih lagi dirawat dengan cara tertutup dan tidak banyak aktiviti pemulihan dilaksanakan disebabkan faktor kekurangan kakitangan terlatih.

Hospital Sri Aman kemudian mula diwartakan bagi kemasukan, penahanan, penginapan, penjagaan, rawatan, pemulihan, pengawalan dan perlindungan orang-orang kecelaruan mental berkuat kuasa mulai 15 Jun 2010. Penempatan pakar psikiatri adalah amat diperlukan untuk memantapkan perkhidmatan psikiatri, dan seorang pakar telah ditugaskan pada tahun 2017. Dengan penempatan seorang pakar psikiatri yang tetap, perkhidmatan psikiatri di Hospital Sri Aman telah diperluaskan, meliputi Klinik Pakar Psikiatri, rawatan pesakit dalam dan lawatan komuniti psikiatri. Klinik Lawatan Psikiatri oleh pakar psikiatri Sri Aman bersama pegawai perubatan dan kakitangan turut dilakukan mengikut jadual berkala ke Hospital Betong. Kawasan servis psikiatri Hospital Sri Aman yang merangkumi kawasan seluas 7,994 km² meliputi kawasan Sri Aman, Lingga, Engkelili, Lubuk Antu, Melugu/Lachau, Batu Lintang dan Betong termasuk Pusa dan Debak dengan anggaran lebih kurang 200,000 orang penduduk.

Setelah 48 tahun perkhidmatan Jabatan Psikiatri ditubuhkan, fasiliti yang sama masih digunakan dan tidak lagi dapat menampung keperluan yang sedia ada. Dengan rawatan psikiatri yang semakin berkembang luas dan latihan yang berterusan untuk kakitangan, perkhidmatan psikiatri di Hospital Sri Aman perlu dinaiktarafkan bagi memberi perkhidmatan yang lebih efisien kepada pesakit psikiatri. Ini juga termasuk Perkhidmatan Psikiatri Subkepakaran iaitu Servis Psikiatri Ketagihan, Neuropsikiatri, Psikiatri Geriatrik, Psikiatri Kanak-kanak dan Remaja, Psikiatri Komuniti dan Rehabilitasi, Psikiatri Liaison, Servis Psikologi Klinikal & Kaunselor dan sebagainya. Demi tujuan tersebut dan sokongan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, Agensi Pembangunan Sri Aman (SADA) telah meluluskan peruntukan sebanyak RM 30 juta untuk projek bangunan tambahan di Hospital Sri Aman 2 dan bangunan Blok Psikiatri juga termasuk dalam rancangan pembangunan tersebut dan dijangka akan siap dalam lingkungan 2 tahun.


🌟 Visi & Misi Perkhidmatan Psikiatri

Visi:
Menjadi pusat perkhidmatan psikiatri yang komprehensif, efektif dan berkualiti tinggi untuk seluruh penduduk Kluster Sarawak Tenggara.

Misi:

  • Memberi perkhidmatan psikiatri yang mantap, efisien dan berkualiti 💚
  • Meningkatkan kadar pemulihan pesakit dan kualiti hidup mereka 🌱
  • Menyediakan latihan berterusan untuk staf dan pusat latihan untuk jururawat, pegawai perubatan dan staf lain 🎓
  • Memastikan hak asasi pesakit terpelihara ⚖️

🎯 Objektif Perkhidmatan Psikiatri

Memperkasakan perkhidmatan psikiatri agar lebih komprehensif untuk penduduk Kluster Sarawak Tenggara dengan:

i. 🏥 Menjadikan pusat rujukan utama yang dapat memberi perkhidmatan kepakaran psikiatri yang lebih mantap, efektif dan cekap terutamanya kes-kes psikiatri yang mengalami gangguan acut.

ii. 🩺 Memberi perkhidmatan yang berkualiti terutamanya dalam Servis Psikiatri Pesakit Luar dengan lebih menyeluruh, efektif dan cekap termasuk penilaian kes, rawatan susulan dan juga intervensi dalam kes-kes kecemasan Psikiatri.

iii. 💚 Memberi perkhidmatan dan kemudahan yang mencukupi dan menyeluruh termasuk dengan wujudnya pusat perkhidmatan Rehabilitasi Psikososial, program sokongan pekerjaan, sokongan kaunseling dan ia dapat meningkatkan kadar sembuh pesakit psikiatri dan boleh kembali ke fungsi optima.

iv. 📉 Kadar morbiditi dan mortaliti pesakit psikiatri dapat diturunkan.

v. ⚖️ Hak asasi pesakit psikiatri terpelihara.

vi. 🔬 Menjadi pusat perkhidmatan yang boleh memberi kemudahan untuk membuat kajian dan penyelidikan yang spesifik.

vii. 🎓 Memberi latihan yang berterusan kepada semua staf di Jabatan Psikiatri.

viii. 👩‍⚕️👨‍⚕️ Menjadi pusat latihan kepada Jururawat, Penolong Pegawai Perubatan, Pegawai Perubatan untuk Program Ijazah Sarjana dan Program Parallel pathway Psikiatri.


👥 Kumpulan Sasaran

Penduduk-Penduduk di Kluster Sarawak Tenggara, termasuk Bahagian Sri Aman dan Bahagian Betong.


🏥 Perkhidmatan Psikiatri yang Sedia Ada pada Waktu Masa Sekarang

  1. UNIT PERKHIDMATAN KLINIK DEMASA BIASA PESAKIT LUAR
    • TEMUJANJI:
      • Kes Rawatan Susulan (Follow Up Cases)
      • Kes Baru (New Case)
      • Kes Rawatan Susulan dan Kes Baru Segera (Urgent Follow Up and New Cases)
  2. KLINIK REMAJA DAN KANAK-KANAK PESAKIT LUAR
    (Lawatan daripada Pakar Psikiatri Remaja dan Kanak-Kanak Hospital Umum Sarawak)
    • TEMUJANJI:
      • Kes Rawatan Susulan (Follow Up Cases)
      • Kes Baru (New Case)
  3. KLINIK PSIKOGERIATRI & KLINIK MEMORY
    (Lawatan daripada Pakar Psikiatri Psikogeriatri Hospital Umum Sarawak)
    • TEMUJANJI:
      • Kes Rawatan Susulan (Follow Up Cases)
      • Kes Baru (New Case)
      • Kes Dementia
  4. KLINIK KETAGIHAN PSIKIATRI
    • TEMUJANJI:
      • Kes Rawatan Susulan (Follow Up Cases)
      • Kes Baru (New Case)
      • Kes Addiction Liaison
  5. Wad Perempuan 10 Katil dan Wad Lelaki 10 Katil
  6. Farmasi Lawatan Rumah Bersama Pasukan Psikiatri Komuniti (Community Psychiatry Service – CPS)
  7. Servis Psikiatri Komuniti (Community Psychiatry Service – CPS)
  8. Lawatan Komuniti Assertive Care Level 2 & Level 3 Care
  9. Terapi Cara Kerja (Occupational Therapy)
  10. Penilaian dan Intervensi untuk membangunkan, memulihkan, atau mengekalkan aktiviti atau pekerjaan, individu, kumpulan mahupun komuniti
  11. Servis Psikiatri Liaison
  12. Penilaian dan Intervensi untuk kes-kes yang dirujuk dari Jabatan & Unit lain
  13. Daycare Rawatan Elektrokonvulsif – Maintenance and Acute ECT
  14. Aktiviti Rehabilitasi Psikiatri Statistik Beban Kerja

🏥 Skop Perkhidmatan Psikiatri

A. Wad (Perkhidmatan In-Patient Care)

  • Wad Psikiatri memerlukan sekurang-kurangnya 20 katil atau lebih untuk menampung keperluan sedia ada.
  • Memberi perkhidmatan kesihatan sekunder dan tersier untuk kes-kes seperti:
    1. Kes psikiatri acut
    2. Kes psikiatri remaja dan kanak-kanak
    3. Kes psikiatri psikogeriatri
    4. Kes psikiatri dengan isu ketagihan
    5. Kes Psikiatri Liaison
    6. Kes kecacatan intelektual
    7. Kaunseling
    8. Psikologi Klinikal
    9. Psikoterapi
    10. Rehabilitasi Psikiatri
  • Wad Psikiatri Lelaki: perlu menempatkan 2 bilik High Dependency Unit (padded rooms) untuk pesakit akut, sekurang-kurangnya 10 katil.
  • Wad Psikiatri Perempuan: perlu menempatkan 2 bilik High Dependency Unit, sekurang-kurangnya 10-20 katil.

B. Perkhidmatan Psikiatri Pesakit Luar

  • Klinik pelbagai servis termasuk klinik pesakit luar psikiatri am, psikologi klinikal, dan klinik subkepakaran seperti psikiatri geriatrik, ketagihan, Neuropsikiatri, Liaison.
  • Klinik psikiatri kanak-kanak & remaja (one-stop centre)
  • Perkhidmatan subkepakaran psikiatri komuniti dan rehabilitasi

C. Perkhidmatan Psikiatri Rehabilitasi

  • Terapi Cara Kerja
  • Fisioterapi

D. Rawatan Elektrokonvulsif (ECT)

  • ECT Suite dan Recovery Bay sebanyak 10 katil

E. Perkhidmatan Sokongan Bukan Perubatan

  • Bilik seminar, mesyuarat, konsultasi maya, bilik gunasama untuk pegawai perubatan dan bilik pakar
  • Bilik Rekod Perubatan Psikiatri

F. Latihan dan Pendidikan

  • Pendidikan Perubatan Berterusan (CME)
  • Pendidikan dan Penyelidikan

G. Fasiliti untuk Staf

  • Bilik menukar pakaian staf
  • Bilik mandi & tandas staf
  • Bilik rehat staf
  • Ruang kemudahan rekreasi

✅ Kesimpulan

Perkhidmatan Psikiatri di Hospital Sri Aman telah berkembang dengan pesat sejak penubuhannya pada tahun 1977 dan kini merangkumi pelbagai aspek rawatan, rehabilitasi, pendidikan, dan sokongan komuniti. Dengan penempatan pakar psikiatri dan sokongan kakitangan berkelayakan, perkhidmatan kini dapat memberi rawatan pesakit luar, wad, subkepakaran, rehabilitasi dan rawatan ECT secara lebih menyeluruh.

Pelaksanaan visi, misi dan objektif yang komprehensif memastikan:

  • Peningkatan kualiti rawatan dan kadar pemulihan pesakit 🌱
  • Perlindungan hak asasi pesakit ⚖️
  • Latihan berterusan untuk staf dan pusat latihan bagi jururawat dan pegawai perubatan 🎓
  • Penyediaan kemudahan sokongan bukan perubatan yang lengkap 🏥

Keseluruhannya, perkhidmatan psikiatri di Hospital Sri Aman bersedia memenuhi keperluan mental komuniti Kluster Sarawak Tenggara dengan standard yang lebih efisien, berkualiti dan mesra pesakit.

Scroll to Top