π₯ UNIT KERJA SOSIAL PERUBATAN (UKSP)
π PENGENALAN
Pegawai Kerja Sosial Perubatan (PKSP) adalah individu yang terlatih untuk membuat penilaian biopsikososial kepada pesakit, keluarga/ waris atau penjaga. PKSP merupakan kumpulan Pengurusan & Profesional dengan syarat kelayakan minimum masuk yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) iaitu Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial/ Kerja Sosial. π
Jawatan ini adalah jawatan tertutup di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Penempatan PKSP meliputi semua hospital, institusi, klinik kesihatan dan ibu pejabat KKM.
Skop perkhidmatan Pegawai Kerja Sosial Perubatan adalah untuk memberikan bantuan psikososial kepada pesakit dan/atau waris. Bantuan psikososial ini melibatkan penilaian biopsikososial yang perlu dijalankan ke atas pesakit dan/atau waris oleh Pegawai Kerja Sosial Perubatan sebelum intervensi terapi sokongan dan intervensi bantuan praktik diberikan.
Proses intervensi kerja sosial perubatan memfokuskan kepada tiga proses utama iaitu kerja kes, kerja kelompok dan kerja komuniti. π€
Intervensi terapi sokongan melibatkan khidmat perundingan, sokongan emosi dan intervensi krisis meliputi kes keganasan rumah tangga, ibu tanpa nikah, penderaan dan pengabaian kanak-kanak, jenayah seksual dan kes-kes lain yang berkaitan termasuk pesakit akut dan kronik.
Manakala intervensi bantuan praktik melibatkan aspek bantuan kewangan (pembelian peralatan perubatan, pembelian ubat-ubatan, membiayai kos rawatan atau bantuan am), penempatan institusi dan mengesan waris. Bantuan praktik ini diberikan kepada pesakit akut dan kronik.
Pengurusan terapi sokongan dan pengurusan kes bantuan praktik ini memerlukan jaringan kerjasama dengan pelbagai disiplin profesion perubatan, agensi kerajaan dan bukan kerajaan serta komuniti setempat bagi mendapatkan sumber bantuan yang diperlukan oleh pesakit. π
π°οΈ SEJARAH PERKHIDMATAN KERJA SOSIAL PERUBATAN
Perkhidmatan Kerja Sosial Perubatan mula diperkenalkan di hospital-hospital di Malaysia pada tahun 1952. Pada peringkat awal, perkhidmatan yang diberikan lebih berupa bantuan kewangan kepada pesakit yang memerlukan dan dikenali sebagai Lady Almoner. π°
Sehingga tahun 1991, terdapat hanya 8 orang Pegawai Kebajikan Perubatan yang bertugas di Hospital Besar Negeri iaitu di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Ipoh, Melaka, Johor Bahru, Sabah dan Sarawak.
Dari semasa ke semasa, perkhidmatan dan peranan Pegawai Kebajikan Perubatan semakin mencabar seiring dengan kepesatan pemodenan serta pertambahan masalah sosial yang dibawa bersama arus pembangunan negara.
Pada tahun 1994, perkhidmatan ini dikenali sebagai Perkhidmatan Kebajikan Perubatan di bawah skim perkhidmatan Pegawai Pembangunan Masyarakat dengan gelaran jawatan Pegawai Kebajikan Perubatan (PKP).
Selari dengan perkembangan skop perkhidmatan, nama jawatan PKP telah ditukar kepada Pegawai Kerja Sosial Perubatan (PKSP) melalui surat kelulusan Jabatan Perkhidmatan Awam bil. JPA(S)253/2/13 klt.85(16) bertarikh 13 November 2002. ποΈ
Pada tahun 2004, perkhidmatan ini diperluas ke Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dan mulai 2010, PKSP turut ditempatkan di klinik kesihatan serta pelbagai unit khas. Menjelang 2014, jumlah perjawatan meningkat kepada 276 jawatan di seluruh Malaysia. π²πΎ
π― VISI
Untuk memastikan keperluan psikososial pesakit, keluarga dan komuniti dipenuhi bagi mencapai kesihatan yang lebih baik. π
πͺ MISI
Memberi perkhidmatan psikososial yang cemerlang melalui bantuan praktikal dan terapi sokongan. π
π― OBJEKTIF
β’ Menyediakan perkhidmatan psikososial kepada pesakit semasa proses pencegahan, rawatan dan pemulihan.
β’ Membantu memulihkan kefungsian sosial supaya pesakit menjadi produktif, berdikari dan mampu kembali kepada masyarakat selaras dengan batas keupayaan mereka.
β’ Meningkatkan keyakinan diri ke arah memperkasakan pesakit melalui perkhidmatan terapi sokongan. π¬
π₯ PERKHIDMATAN KERJA SOSIAL PERUBATAN
Skop perkhidmatan disediakan untuk pesakit dalam dan pesakit luar di hospital, institusi dan klinik kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia.
πΉ Pengurusan Bantuan Praktik
- πΈ Bantuan Kewangan (peralatan/ ubatan/ rawatan/ am)
- π Penempatan Institusi
- π§© Mengesan Waris
πΉ Pengurusan Bantuan Terapi Sokongan
- π¬ Khidmat Perundingan
- π Sokongan Emosi
- π¨ Intervensi Krisis
Bantuan praktik dan terapi sokongan diberikan kepada kes seperti berikut:
- πΆ Penderaan dan Pengabaian Kanak-kanak
- π€° Ibu Tanpa Nikah
- π Keganasan Rumah Tangga
- βοΈ Jenayah Seksual
- π₯ Pesakit Akut dan Kronik
- π§β𦽠Orang Kurang Upaya (OKU)
- 𧬠HIV Positif/ AIDS
- π Ketagihan Dadah/ Alkohol
ποΈ SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN
π Perkhidmatan diberikan berdasarkan rujukan yang diterima daripada Pakar atau Pegawai Perubatan di hospital, institusi dan klinik kesihatan. Pesakit terdiri daripada pesakit dalam dan pesakit luar.
- π₯ Pesakit Dalam: Perkhidmatan disediakan di wad atau bilik khas bergantung kepada keadaan pesakit.
- π§ββοΈ Pesakit Luar: Dilayan di bilik pegawai/runding cara mengikut keperluan kes.
- π’ Pusat Kesihatan Primer: Berdasarkan dokumen rujukan rasmi daripada pegawai perubatan.
π Waktu Operasi:
ποΈ Isnin β Jumaat: 8.00 pagi β 5.00 petang
π½οΈ Rehat: 1.00 β 2.00 petang (IsninβKhamis), 11.45 β 2.15 (Jumaat)
π« Tutup: Sabtu, Ahad & Cuti Umum
π§ BIDANG ASAS DAN PENGKHUSUSAN PKSP
PKSP melengkapkan proses rawatan dan pemulihan pesakit melalui aspek promotif, preventif, kuratif dan rehabilitatif dengan pendekatan multidisiplin. π©Ί
πΈ Bidang Asas (12 utama):
- π¨βπ©βπ§βπ¦ Kerja Sosial Individu & Keluarga
- π₯ Kerja Sosial Kumpulan
- π Kerja Sosial Komuniti
- π« Kerja Sosial Sekolah
- π§ Kanak-kanak & Remaja
- π Penyalahgunaan Bahan
- π¨ Intervensi Krisis
- π§ Kesihatan Mental
- 𦽠Ketidakupayaan (Disability)
- π΅ Gerontologi
- β οΈ Pengurusan Bencana
- π¬ Penyelidikan, Promosi & Pencegahan
πΈ Bidang Kerja Sosial Perubatan:
- π§ Pediatrik & O&G
- π©Ί Perubatan Am
- πͺ Pembedahan & Ortopedik
- π§ Kesihatan Mental
- π« Kesihatan Awam
πΈ Bidang Pengkhususan:
- π¨βπ©βπ§βπ¦ Kanak-kanak & Keluarga
- π Perkahwinan & Keluarga
- π΅ Geriatrik
- π§ Nefrologi (Renal)
- π¬οΈ Respiratori
- π¦ Penyakit Berjangkit (Infectious Disease)
- π§β𦽠Rehabilitasi
- π₯ Traumatologi
- ποΈ Victimology Social Work
- π Addiction Social Work
- π Penjagaan Paliatif
- βοΈ Forensic & Public Health Social Work
π SKOP UNIT KERJA SOSIAL PERUBATAN
i. Menjalankan penilaian biopsikososial dengan pesakit dan keluarga/waris dan pihak-pihak lain yang berkaitan untuk mengenalpasti masalah dan diagnosis sosial yang dihadapi oleh pesakit yang dirujuk untuk mendapatkan maklumat tentang keperluan pesakit.
ii. Mengadakan perbincangan dengan Pegawai Perubatan / Pakar / lain-lain Allied Health Professional tentang keperluan pesakit yang dirujuk.
iii. Menjalankan intervensi kaunseling atau Terapi Sokongan secara individu, kelompok dan keluarga.
iv. Menjalankan intervensi Bantuan Praktikal mengikut keperluan pesakit samada kewangan, peralatan perubatan, alat atau ubat.
v. Membuat Perancangan Discaj mengikut keperluan pesakit.
vi. Membuat lawatan ke rumah pesakit.
vii. Menyediakan laporan sosioekonomi pesakit untuk rujukan ke agensi pemberi bantuan.
viii. Menyelaras dan menguruskan permohonan Tabung Bantuan Perubatan (TBP), Kementerian Kesihatan Malaysia untuk pesakit-pesakit yang miskin dan kurang berkemampuan.
ix. Menghadiri ward round bersama dengan Pakar Perubatan dan Allied Health Professional bagi membincangkan dan membuat pelan rawatan yang komprehensif untuk pesakit.
x. Mengesan waris pesakit terdampar.
xi. Mengenalpasti dan meneroka potensi dalam diri pesakit dan sumber-sumber yang terdapat dalam komuniti yang boleh dimanafaatkan untuk membantu pesakit.
xii. Menjalankan crisis intervention bagi kes-kes trauma dan memerlukan intervensi segera seperti mangsa rogol, penderaan, ibu / remaja yang melahirkan anak tanpa nikah.
xiii. Menghadiri mesyuarat di jabatan klinikal di mana pegawai ditugaskan seperti One Stop Crisis Centre (OSCC), Pasukan Pencegah Penganiayaan dan Pengabaian Kanak-kanak (SCAN Team) dan mesyuarat luar yang diadakan oleh GOβs dan NGOβs seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Polis, Jabatan Agama Islam, Perkim, institusi-institusi kebajikan dan lain-lain bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan biopsikososial kepada pesakit.
π¬ KESIMPULAN
Unit Kerja Sosial Perubatan memainkan peranan penting dalam melengkapkan proses rawatan pesakit dari aspek fizikal dan emosi. Dengan kecekapan, empati dan komitmen tinggi, Pegawai Kerja Sosial Perubatan menjadi jambatan antara perawatan klinikal dan kemanusiaan dalam memastikan kesejahteraan menyeluruh pesakit dan keluarga tercapai. β€οΈβ¨
