PANDUAN ORANG AWAM

PENDAFTARAN KEMASUKAN KE WAD

  • Perlu Mengemukakan Kad Pengenalan/MYKad/Sijil Kelahiran Anak/Passport atau Sijil Pendaftaran.
  • Membawa Kad Pranatal Ibu Dan Kelahiran Bayi Bagi Kes Bersalin.
  • Memaklumkan Alamat Tempat Tinggal Dan Juga Nombor Telefon Yang Boleh Dihubungi.   
  • Memaklumkan Nama, Alamat & Nombor Telefon Waris Terdekat Yang Boleh Dihubungi Sekiranya Berlaku Sebarang Kecemasan.
  • Membawa Surat Jaminan.

TANGGUNGJAWAB PESAKIT HOSPITAL SRI AMAN

Setiap pesakit bertanggungjawab untuk :

  • Memberi maklumat yang tepat tentang sejarah penyakit, rawatan yang diterima dan status kesihatan terkini supaya rawatan yang bersesuaian dan selamat dapat diberi oleh anggota hospital.
  • Memaklumkan doktor atau anggota hospital untuk sebarang kemusykilan tentang perubahan status kesihatan yang dialami, rawatan yang diterima dan kesan sampingan rawatan sekiranya ada.
  • Menerima kesan atau komplikasi sekiranya tidak mematuhi pelan rawatan yang disarankan oleh doktor yang merawat.
  • Mematuhi polisi dan peraturan hospital serta memberi kerjasama sepenuhnya kepada anggota hospital tanpa menggunakan kekerasan atau mengancam keselamatan pesakit, pelawat dan anggota hospital.
  • Tidak mengambil gambar atau rakaman tanpa kebenaran.
  • Tidak membawa atau mengecas telefon bimbit serta alat-alat elektronik lain yang berpotensi mengganggu peralatan perubatan di hospital.
  • Mematuhi temujanji klinik yang diberikan oleh pihak hospital dan tidak membazir sumber seperti ubat-ubatan.
  • Tidak memohon pihak hospital untuk mengeluarkan laporan perubatan atau maklumat palsu.
  • Menjaga kebersihan, kemudahan dan peralatan hospital untuk kesejahteraan bersama.

DASAR KESELAMATAN & KESIHATAN HOSPITAL SRI AMAN

  • Memastikan persekitaran tempat kerja serta sistem kerja yang selamat dan sihat kepada semua anggota, pesakit dan juga orang awam.
  • Memastikan semua anggota diberi maklumat, arahan, latihan dan penyeliaan mengenai cara-cara untuk menjalankan tugas mereka dengan selamat, tanpa risiko kesihatan dan kecederaan.
  • Menyiasat semua kecederaan, kemalangan, kekerasan, kejadian merbahaya dan penyakit serta mengambil tindakan susulan supaya kejadian seumpamanya tidak berulang.
  • Memastikan semua kehendak perundangan dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Peserta Pekerjaan 1994, peraturan-peraturan Kementerian Kesihatan Malaysia serta polisi-polisi hospital yang berkaitan sentiasa dipatuhi.
  • Menyediakan kemudahan-kemudahan pekerjaan serta kebajikan asas kepada semua pekerja.
  • Menjalankan aktiviti-aktiviti kualiti serta inovasi bagi mempertingkatkan keberkesanan implementasi dasar keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
  • Menyemak semula dasar ini apabila perlu dari semasa ke semasa.

Caj Rawatan / Wad

Pesakit Luar

Caj pendaftaran bagi pesakit luar yang menerima rawatan dari Jabatan Kecemasan & Trauma atau dari Klinik Pakar:

Pesakit/Pelawat/ReferralWarganegara Malaysia
Jabatan Kecemasan & TraumaRM1.00 caj satu lawatan termasuk segala siasatan*
Rawatan Harian (Day Care)RM3.00 caj satu lawatan TIDAK termasuk segala siasatan
Rujukan oleh Pegawai Perubatan KerajaanPercuma untuk kali pertama
RM 5.00 bagi rawatan seterusnya; (termasuk segala siasatan)
Rujukan oleh Pengamal PersendirianRM 30.00 untuk kali pertama
RM5.00 bagi rawatan seterusnya
Susulan seterusnyav(selepas discaj dari wad)RM 5.00 bagi setiap rawatan *

*** Caj rawatan tidak merangkumi ujian makmal, x-ray, pembedahan dan caj prosedur.
** Pengecualian kepada penjawat awam dan pencen dengan mengemukakan dokumen yang sah.
* Tiada caj dikenakan kepada Warganegara Malaysia berumur 60 tahun ke atas. (Rujukan pekeliling : http://www.moh.gov.my/circulars/258 )

Jadual Caj bagi Wad, Rawatan di Hospital Sri Aman:

KELAS WADWarganegara Malaysia
CAJ HARIAN WADCAJ RAWATAN HARIAN
PertamaRM80.00RM10.00
KeduaRM30.00RM5.00
KetigaRM3.00PERCUMA
ICURM3.00PERCUMA
NICURM1.50PERCUMA
SCNRM1.50PERCUMA
SCN IncubatorRM1.50PERCUMA

* 50% Diskaun kepada warganegara Malaysia yang berumur 60 tahun ke atas. (Rujukan pekeliling : http://www.moh.gov.my/circulars/258)

Deposit

  • Sewaktu melapor diri di pendaftaran wad, anda dikehendaki membuat bayaran deposit.
  • Bagi pesakit yang meminta pertukaran ke kelas wad yang lebih tinggi dari asal, pesakit akan dikenakan caj mengikut kelas tersebut dan diwajibkan membuat pembayaran deposit penuh.
  • Sila sertakan salinan kad pencen, jika berkaitan.

Jadual Caj Deposit Hospital:

JENIS WADKELAS WADDEPOSIT
Warganegara MalaysiaWarganegara Asing
PerubatanPertamaRM700.00RM2,100.00
KeduaRM200.00RM900.00
KetigaRM20.00RM600.00
PembedahanPertamaRM1,100.00RM3,300.00
KeduaRM400.00RM1,500.00
KetigaRM30.00RM1,200.00
BersalinPertamaRM800.00RM2,100.00
KeduaRM350.00RM1,500.00
KetigaRM15.00RM1,200.00

Jadual Caj accouchment dan Bersalin:

KATEGORIKELAS WADCAJ
Warganegara Malaysia
BERSALIN NORMALPertamaRM300.00
KeduaRM150.00
KetigaRM10.00
FORSEP/VACUUM/BREECHPertamaRM400.00
KeduaRM200.00
KetigaRM50.00
CAESAREANPertamaRM800.00
KeduaRM400.00
KetigaRM100.00
BERKEMBAR 
Warga Asing
BERSALIN BIASARM2593.00
FORCEP / BREECH / VACUUMRM2593.00
CAESAREANRM3021.00
KEMBARRM2593.00
JENIS WADKELAS WADDEPOSIT (RM)
SATU (1)7000.00
PERUBATANDUA (2)3000.00
TIGA (3)1400.00
SATU (1)11000.00
PEMBEDAHANDUA (2)5000.00
TIGA (3)2800.00
SATU (1)7000.00
BERSALINDUA (2)5000.00
TIGA (3)2800.00

Jadual caj wad bagi penjawat awam:

* Sila sertakan surat Jaminan (eGL).

Kumpulan / GredKelayakan WadCaj Harian Wad
Pengurusan EksekutifKelas Pertama – Bilik PersendirianPercuma
45 -54Kelas Pertama – Bilik PersendirianPercuma
31-44Kelas Pertama – Bilik 2 KatilPercuma
21-30Kelas Tiga – Bilik 3 KatilPercuma
1-20Kelas KeduaPercuma
 Kelas KetigaPercuma

Jadual caj wad bagi pesara penjawat awam:

* Sila sertakan surat Jaminan (eGL).

Gaji Terakhir (sebelum bersara)Kelayakan WadCaj Harian Wad
Melebihi RM900Kelas Pertama – Bilik PersendirianPercuma
RM680¬RM900Kelas Pertama -Bilik 2 KatilPercuma
RM380 ¬ RM680Kelas Tiga – Bilik 3 KatilPercuma
Di bawah RM380Kelas KeduaPercuma
 Kelas KetigaPercuma
Caj Baru Rawatan (Fi) Bagi Pesakit Warga Asing

Surat Pekeliling Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia BiIangan 8 Tahun 2015 Pelaksanaan Caj Penuh Bagi Perintah FI (Perubatan) (Kos Perkhidmatan) 2014

Pendaftaran Rawatan & Kemasukan Wad

Sila bawa dokumen asal semasa pendaftaran:

1. Warganegara Malaysia

  • MyKad (NRIC) ,  atau
  • MyKid / Sijil Kelahiran,  atau
  • Passport Malaysia

Catatan: Pihak Hospital Sri Aman menggalakkan Warganegara Malaysia membawa MyKad / MyKid bagi mempercepatkan proses pendaftaran.

2. Warganegara Asing

  • Passport Antarabangsa
  • Dokumen Perjalanan / VISA

Tempoh Menunggu

Selepas pendaftaran, anda akan diberikan tiket menunggu giliran. Anda mungkin perlu menunggu 30 minit atau lebih sebelum diberi rawatan / konsultasi oleh doktor pakar. Memandangkan jumlah bilangan pesakit yang diberi rawatan adalah terlalu ramai, pihak Hospital Sri Aman berharap anda bersabar dan rawatan akan diberi secepat yang mungkin.

Selepas Konsultasi

Anda akan diberi temujanji oleh doktor seterusnya sekiranya memerlukan. Selepas konsultasi, anda boleh membuat pembayaran (sekiranya ujian makmal ada dilakukan) sebelum mengambil ubat di Farmasi.

Kaunter Pusat Setempat / Temujanji

Pengenalan

Apa yang perlu dibawa?

  • Kami memerlukan butir-butir peribadi anda semasa pendaftaran.

Sila bawa:

  • Kad Pengenalan MyKad / MyKid
  • Surat Rujukan atau Pelantikan / Sijil Pelepasan Hospital
  • Laporan siasatan sekiranya ada (cth:  filem X-ray, CT Scan, keputusan laporan ujian makmal)
  • Surat Jaminan (eGL) jika penjawat awam

Polisi Temujanji

  • Sila sampai dan berada di Kaunter Pusat Setempat tiga puluh (30) minit awal sebelum temujanji.
  • Anda tidak perlu sampai terlalu awal. Semua temujanji adalah mengikut jadual telah ditentukan oleh doktor.
  • Ketibaan awal tidak bermaksud anda akan dipanggil dan diberi rawatan awal.
  • Letakkan kad temujanji anda / surat rujukan / sijil pelepasan / kad kanak-kanak dibawah umur tujuh ke dalam peti masa yang disediakan.
  • Jururawat bertugas akan mengatur kad temujanji anda mengikut masa yang telah ditentukan oleh doktor sebelum rawatan diberikan.
  • Selepas pendaftaran dan pembayaran, pegawai bertugas akan memaklumkan anda ke klinik berkenaan seterusnya.

Hubungi Kaunter Temujanji

Tel: 083 – 311 000 Ext:

Waktu Operasi:

Isnin – Khamis:
8.00 am – 1.00 pm
2.00 pm – 5.00 pm

Jumaat:
8.00 am – 11.45 am
2.15 pm – 5.00 pm

Sabtu,  Ahad & Cuti Umum
Tutup

Pembayaran

Cara Pembayaran

Pelanggan boleh melakukan pembayaran bil melalui beberapa saluran:

  1. Tunai
  2. Kad Kredit (Master & Visa)
  3. Potongan Gaji (bagi penjawat awam sahaja)
  4. Cek, Draf Pos & Money Order atas nama of “Pengarah Hospital Sri Aman”
    – Sila tulis Nama Penuh dan Nombor Kad Pengenalan di belakang cek.

Kaunter Pembayaran :
Tel: 083 – 311000

Senarai Klinik Pakar & Wad

Perkhidmatan di Klinik Pakar

Jenis perkhidmatan yang ditawarkan di Hospital Sri Aman:

  • Klinik Surgikal
  • Klinik Perubatan / Klinik Pediatrik
  • Klinik Stress Test/CRC/POP/Lung Function Test
  • Klinik Ortopedik
  • Klinik Dermatologi
  • Klinik Obstetrik & Ginekologi
  • Klinik ENT
  • Klinik Oral Surgical
  • Klinik Psikiatrik
  • Klinik Mata
Scroll to Top