LAGU KKM
LIRIK: KAMI SEDIA MEMBANTU
KAMI SEDIA MEMBANTU
BANGSA YANG SIHAT ASET NEGARA
KUALITI HIDUP DIPELIHARA
BERPASUKAN BERGANDING TANGAN
PERTINGKATKAN TARAF KESIHATAN
* SECARA PROFESIONAL, KHIDMAT DIBERI
KECEMERLANGAN, MATLAMAT KAMI
DI MANA PUN JUA, DI SETIAP WAKTU
KAMI SEDIA MEMBANTU
KAMI PENYAYANG PADA SEMUA
BAGI KAMI TIADA BEZA
BERTANGGUNGJAWAB AMALAN KITA
KESIHATAN DAN MARUAH DIJAGA
* Ulang 2 Kali
LAGU: FAUZI MARZUKI
LIRIK: HABSAH HASSAN
Penerangan Logo 🏥
1.Latar Belakang Putih
Melambangkan kebersihan, keikhlasan, dan kesungguhan anggota Kementerian Kesihatan Malaysia semasa menjalankan tugas.
2.Hati Berwarna Merah
Melambangkan semangat dan komitmen anggota Kementerian Kesihatan Malaysia untuk meningkatkan mutu perkhidmatan.
3.Tangan
Melambangkan keikhlasan dan kesediaan untuk membantu setiap individu yang memerlukan.
4.Sentuhan di Hati
Melambangkan kelembutan, kemesraan, dan keprihatinan semasa menjalankan tugas.
Moto – “Kami Sedia Membantu”
Kami – Semua anggota KKM bekerja sebagai satu pasukan untuk mencapai matlamat yang sama.
Sedia – Sentiasa bersiap sedia untuk memberi perkhidmatan secara profesional.
Membantu – Memberi bantuan dengan ikhlas dan penuh dedikasi.