1.PENGENALAN
Unit kewangan dan hasil Hospital Sri Aman adalah satu unit dibawah Bahagian Perkhidmatan Pengurusan Hospital Sri Aman. Unit ini terdiri daripada 2 unit (Kewangan & Akaun dan Unit hasil) dan berperanan menyediakan perkhidmatan seperti berikut :-
1.1 Unit Kewangan berperanan dalam memproses semua tuntutan pembayaran daripada pembekal dan kakitangan. Ia juga bertanggungjawab dalam pengurusan gaji kakitangan.
1.2 Unit Hasil berperanan dalam mengutip segala hasil kerajaan dari pelbagai sumber seperti kutipan bayaran pesakit dalam, pesakit luar, bayaran sewa bangunan, bayaran laporan perubatan dan pelbagai bayaran yang dibenarkan dikutip di peringkat hospital.
2.0 SKOP PERKHIDMATAN
Bahagian ini bertanggungjawab menguruskan segala urusan di semua bidang terutamanya dalam aktiviti-aktiviti seperti berikut :-
2.1 KEWANGAN / AKAUN / GAJI
2.1.1 Menyediakan bajet kewangan pengurusan Hospital.
2.1.2 Menguruskan semua waran peruntukan dan memastikan penggunaan kewangan yang berhemah dilaksanakan.
2.1.3 Menyediakan dan membuat pembayaran gaji serta elaun-elaun anggota Hospital.
2.1.4 Memproses semua tuntutan seperti elaun lebih masa, perjalanan dan tuntutan–tuntutan lain yang berkaitan.
2.1.5 Menyediakan laporan perbelanjaan serta laporan lain yang berkaitan dan menghantar ke Bahagian Akaun Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Cawangan Kewangan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) dan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM).
2.1.6 Waktu Operasi adalah seperti berikut :-
| HARI | MASA |
| ISNIN HINGGA KHAMIS | 8.00 PAGI HINGGA 5.00 PETANG |
| JUMAAT | 8.00 PAGI HINGGA 12.45 TENGAHARI |
| 2.15 PETANG HINGGA 5.00 PETANG | |
| SABTU DAN AHAD | TUTUP |
| CUTI UMUM | TUTUP |
2.2 HASIL
2.2.1 Menerima dan mengendalikan kutipan hasil berdasarkan caj-caj yang telah ditetapkan.
2.2.2 Menghantar kutipan hasil ke bank setiap hari pada hari berkerja.
2.2.3 Menyedia dan menghantar laporan hasil dan laporan audit setiap bulan ke Bahagian Kewangan dan Hasil JKNS dan Jabatan Akauntan Negara Malaysia.
2.2.4 Memungut caj bayaran hospital melalui pesakit atau wakil pesakit yang dikenakan bayaran mengikut peruntukan Akta Fee 1951, Perintah Perubatan 1982 dan pindaan-pindaannya, Perintah Am Bab F serta lain-lain peruntukan kewangan yang telah diluluskan oleh Kerajaan dari masa ke semasa.
2.2.5 Memberi pengurangan caj bayaran kepada rakyat miskin dan miskin tegar dari kalangan warganegara serta diperakukan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dan lain Badan yang bertauliah.
2.2.6 Mengoptimakan pungutan hasil dan meminimumkan tunggakan hasil.
2.2.7 Mengesyorkan tindakan hapus kira kepada tunggakan-tunggakan lapuk hasil yang tidak dapat dikutip daripada orang awam setelah pelbagai cara pengutipan dilakukan.
2.2.8 Kaunter bertanggungjawab memberikan layanan yang mesra pelanggan, berdedikasi dan efisen.
2.2.9 Layanan hendaklah adil dan saksama kepada semua pelanggan tanpa mengira kedudukan, miskin/kaya dan mengutamakan warga emas dan orang kurang upaya.
2.2.10 Waktu Operasi adalah seperti berikut :-
- Kaunter Hasil Utama : 24 jam ( Setiap Hari )
- Kaunter Jabatan Kecemasan & Taruma : 24 jam ( Setiap Hari )
