UNIT KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN

UNIT KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (UKKP), HOSPITAL SRI AMAN 🦺πŸ₯

PENGENALAN

Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP) di peringkat Hospital dan Institusi Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia perlu ditubuhkan bagi memenuhi keperluan perundangan Akta Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan 1994. Berdasarkan akta tersebut, Kementerian Kesihatan Malaysia seperti juga majikan lain adalah bertanggungjawab terhadap keselamatan dan kesihatan pekerjanya dan juga orang awam yang datang untuk mendapatkan perkhidmatan perubatan di hospital.

UKKP Hospital Sri Aman telah diwujudkan sejak 2014 dan kini dianggotai oleh seorang Pegawai Perubatan dan seorang Paramedic yang terlatih.


VISI 🌟

Menjadi organisasi keselamatan & kesihatan pekerjaan yang unggul & cemerlang.

MISI πŸ’Ό

Melaksanakan perkhidmatan keselamatan & kesihatan yang menyeluruh untuk mencegah insiden kemalangan, penyakit pekerjaan dan hilang upaya dalam kalangan anggota kesihatan hospital.


OBJEKTIF JABATAN 🎯

  • Merancang serta menyelaras aktiviti keselamatan dan kesihatan peringkat hospital.
  • Memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan anggota perubatan yang sedang bekerja terhadap risiko kepada keselamatan atau kesihatan yang berbangkit daripada aktiviti pekerjaan.
  • Melindungi orang-orang di tempat kerja selain daripada orang-orang yang sedang bekerja (anggota perubatan) terhadap risiko keselamatan atau kesihatan yang berbangkit daripada aktiviti pekerjaan.
  • Meningkatkan kerjasama antara majikan dan pekerja melalui komunikasi dua hala yang berkesan.
  • Mewujudkan suatu persekitaran yang kondusif bagi anggota perubatan yang disesuaikan dengan keperluan fisiologi dan psikologi mereka.

PERKHIDMATAN πŸ₯πŸ’Ό

Aktiviti Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di bawah UKKP adalah seperti berikut:

  • Menjalankan lawatan dan siasatan Kemalangan Pekerjaan (SAFETY AUDIT)
  • Menjalankan audit pemeriksaan keselamatan & Kesihatan Pekerjaan
  • Menjalankan Orientasi / Latihan / Kursus berkaitan KKP (Aktiviti Promosi Kesihatan)
  • Memberi khidmat nasihat dalam pencegahan dan kawalan hazard (HIRARC)
  • Menjalankan siasatan ke lokasi kejadian kes
  • Menjalankan saringan kontak (TB / COVID)
  • Menerima laporan atau notifikasi kejadian kemalangan dari lokasi sama ada wad dan klinik melalui borang Incident Reporting (NADOPOD)
  • Mengatur jadual, mendaftar kehadiran dan menjalankan pemeriksaan klinik untuk kakitangan yang mendaftar dan seterusnya merekod maklumat kesihatan anggota (Klinik Warga)
  • Memberi vaksinasi mengikut keperluan πŸ’‰

KESIMPULAN βœ…

Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP) Hospital Sri Aman berperanan memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan anggota perubatan serta orang awam yang hadir ke hospital terpelihara. Melalui aktiviti pengawasan, audit, latihan, pemantauan, dan khidmat nasihat, UKKP sentiasa berusaha untuk mewujudkan persekitaran kerja yang selamat, sihat, kondusif dan produktif sejajar dengan Akta Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan 1994 dan keperluan Kementerian Kesihatan Malaysia. 🌟

Scroll to Top