PENDAFTARAN MASUK KE WAD

Pendaftaran Rawatan
Sila bawa dokumen asal semasa pendaftaran:

  1. Warganegara Malaysia
    MyKad (NRIC), atau
    MyKid / Sijil Kelahiran, atau
    Passport Malaysia
    Catatan: Pihak Hospital Kanowit menggalakkan Warganegara Malaysia membawa MyKad / MyKid bagi mempercepatkan proses pendaftaran.

  1. Warganegara Asing
    Passport Antarabangsa
    Dokumen Perjalanan / VISA
    Tempoh Menunggu
    Selepas pendaftaran, anda akan diberikan tiket menunggu giliran. Anda mungkin perlu menunggu 30 minit atau lebih sebelum diberi rawatan / konsultasi oleh doktor.
  2. Selepas Konsultasi
    Anda akan diberi temujanji oleh doktor seterusnya sekiranya memerlukan. Selepas konsultasi, anda boleh membuat pembayaran (sekiranya ujian makmal ada dilakukan) sebelum mengambil ubat di Farmasi.