Bahagian Pengurusan Hospital Kapit yang bertanggungjawab merancang, mengurus, dan menyelaraskan seluruh agenda pentadbiran bukan klinikal demi menyokong kelancaran perkhidmatan perubatan hospital. Bahagian ini menggabungkan aspek pengurusan modal insan, kewangan, logistik, teknologi, serta tadbir urus kualiti bagi memastikan hospital beroperasi mengikut piawaian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Melalui sinergi unit-unit sokongan yang berdedikasi, kami komited menyediakan infrastruktur yang selamat, sistem maklumat yang cekap, dan tadbir urus yang telus bagi membolehkan warga perubatan memberikan rawatan terbaik kepada komuniti kapit.
Pengurusan Hospital Kapit diterajui oleh tujuh (7) unit sokongan utama seperti berikut:
- Sumber Manusia: Mengurus kebajikan, perjawatan, dan perkembangan kerjaya warga hospital.
- Kewangan & Akuan: Memastikan pengurusan dana dan bajet tahunan yang cekap dan telus.
- Pentadbiran Am: Menyelaraskan operasi harian, surat-menyurat, dan logistik pentadbiran.
- Rekod Perubatan: Mengurus sistem dokumentasi dan data pesakit secara sistematik dan selamat.
- Teknologi Maklumat: Menyediakan sokongan teknikal, sistem digital, dan rangkaian komunikasi hospital.
- Kualiti & Latihan: Memantau pematuhan piawaian kualiti kerja serta menganjurkan kursus peningkatan kecekapan kakitangan.
- Perolehan & Aset: Menguruskan bekalan, urusan kontrak perolehan peralatan, dan penyelenggaraan harta modal hospital.
![]()





