SOALAN LAZIM

UMUM

1. Apakah nombor kecemasan Hospital Kapit?

Sila hubungi talian 999 atau 084-796144 bagi kawasan yang diliputi oleh Hospital Kapit.

2. Adakah pihak hospital bertanggungjawab di atas kehilangan harta benda atau kenderaan pesakit / waris?

Tidak. Pihak hospital tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan. Oleh itu, pesakit/waris dinasihatkan untuk tidak membawa apa-apa barangan berharga semasa berada di hospital.

3. Adakah waris dibenarkan menjaga pesakit di dalam wad?

Ya. Penjaga haruslah SEORANG di antara Ibu/bapa/penjaga untuk menjaga pesakit di wad, dan pesakit dewasa haruslah sama jantina kecuali pesakit kanak-kanak. Penjaga juga harus memegang PAS PENJAGA yang diberi Pengawal Keselamatan di depan wad.

4. Apakah dimaksudkan dengan kes kecemasan bagi tujuan rawatan di Jabatan Kecemasan?

Kes-kes kecemasan termasuk kes kemalangan, serangan lelah, serangan jantung, pengsan, digigit ular, kebakaran, sawan, pendarahan, keracunan makanan.

5. Bolehkah kanak-kanak dibawa masuk melawat ke dalam wad?

Tidak Dibenarkan. Kanak-kanak berumur di bawah 12 tahun dilarang dibawa ke kawasan wad pesakit bagi melindungi mereka daripada risiko jangkitan kuman silang di persekitaran hospital.

6. Mengapa terdapat kes tertentu yang perlu dirujuk keluar ke Hospital Sibu?

Sebagai hospital kluster, Hospital Kapit menyediakan rawatan pakar asas. Bagaimanapun, kes trauma major, kritikal, atau yang memerlukan rawatan intensif subkepakaran sub-tertiari akan dirujuk ke Hospital Sibu demi keselamatan pesakit.

LATIHAN & KERJAYA

1. Bagaimanakah cara memohon penempatan Latihan Industri di Hospital Kapit?

Pelajar yang berminat sila membuat permohonan rasmi sekurang-kurangnya tiga (3) bulan awal kepada Pengarah Hospital Kapit. Pelajar perlu menyertakan:

  • Resume pelajar;
  • Salinan Kad Pengenalan yang telah disahkan;
  • Sijil-sijil berkaitan yang telah disahkan;
  • Surat pengesahan pelajar IPTA/ITPS/Kolej berkenaan;
  • Surat atau borang maklum balas untuk status permohonan pelajar.

2. Bagaimanakah cara memohon untuk menjalani Posting Elektif di Hospital Kapit?

Permohonan rasmi boleh dibuat seawal tiga (3) bulan sebelum latihan bermula kepada Pengarah Hospital Kapit dengan menyertakan:

  • Resume pelajar;
  • Borang Permohonan Menjalani Posting Di Fasiliti KKM yang boleh didapati di www.moh.gov.my – Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan Bil. 16/2008;
  • Surat pengesahan atau sokongan dari Dekan IPTA/ITPS yang berkenaan;

3. Bagaimanakah cara untuk mengetahui samada permohonan berjaya?

Surat kelulusan akan dihantar oleh pihak Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak kepada:

  • IPTA/IPTS/Kolej yang berkenaan;
  • Pelajar yang memohon;
  • Hospital Kapit

4. Adakah Hospital Kapit menyediakan kemudahan penginapan?

Tidak. Hospital Kapit tidak menyediakan kemudahan penginapan sepanjang Latihan Industri berjalan.

5. Adakah elaun diberi kepada pelajar yang menjalani latihan industri?

Tiada sebarang elaun dibayar sepanjang tempoh pelajar menjalani latihan di Hospital Kapit.

Loading

Views: 29