PIAGAM PELANGGAN

Piagam Pelanggan

Kami warga Hospital Kapit akan sentiasa komited dalam menyediakan perkhidmatan dan layanan yang berkualiti, cekap, mesra dan profesional serta pertimbangan yang adil dan saksama kepada semua pelanggan tanpa mengira umur, jantina, keturunan, agama atau taraf sosio-ekonomi. Bagi mencapai matlamat tersebut kami berjanji;

  1. Memastikan setiap pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan diberikan dengan:

-Lebih dari 95% preskripsi didispen dalam tempoh 30 minit

-Lebih dari 90% laporan perubatan akan disediakan dalam tempoh masa 4 minggu

-Lebih dari 85% aduan biasa akan diselesaikan dalam tempoh masa 14 hari

-Lebih dari 90% pelanggan di klinik Pakar akan dilihat oleh Pegawai Perubatan dalam tempoh masa 30 minit

  • Memastikan keselamatan pesakit terjamin dengan:

– Lebih dari 75% staf hospital mematuhi tatacara kebersihan tangan

– Kadar Catheter Associated Blood Stream Infection kurang dari 0.5 dalam 100 kemasukan pesakit dalam

– Tiada pembedahan yang salah dilakukan

– Tiada kesilapan ubatan yang menyebabkan kesan serius atau kematian

– Tiada kesilapan dalam transfusi darah

– Kadar pesakit jatuh (pesakit dalam) kurang dari 5 dalam 1000 hari -pesakit

– Tiada kesilapan dalam mengenalpasti identiti pesakit

– Implementasi sistem Incident Reporting dalam hospital

Kewajipan Pelanggan

Kerjasama pelanggan adalah dipohon untuk membolehkan Hospital Kapit melaksanakan Piagam ini dengan berkesan dengan:

  1. Mematuhi semua proses kerja, sistem dan peraturan yang digunapakai dalam hospital dan,
  2. Bersedia dengan maklumat dan dokumen-dokuemn yang diperlukan

Loading

Views: 0