UNIT PSIKOLOGI KAUNSELING
Unit Psikologi Kaunseling merupakan unit yang ditubuhkan pada 26 September 2022 dan perkhidmatan secara rasmi telah dirasmikan oleh Pemangku Pengarah Hospital pada 27 Oktober 2023 bersempena dengan Sambutan Bulan Kaunseling Kebangsaan peringkat Hospital Sri Aman yang pertama.
Perkhidmatan Psikologi Kaunseling adalah satu proses menolong yang sistematik dan berterusan. Proses ini berasaskan prinsip psikologi yang dilaksanakan oleh Pegawai Psikologi (Kaunseling) profesional bagi menghasilkan perubahan, perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang holistik sepanjang hayat berlandaskan etika psikologi kaunseling.
Bagi mencapai matlamat ini, perkhidmatan diberikan melalui pendekatan berteraskan ilmu psikologi kaunseling yang menjurus kepada aspek pencegahan, pembangunan, pemulihan dan intervensi. Perkhidmatan ini adalah usaha untuk mencapai dan mengekalkan kesejahteraan insan melalui pelaksanaan perkhidmatan dan intervensi berpaksikan orientasi psikologi kaunseling secara menyeluruh.
SKOP PERKHIDMATAN
Perkhidmatan yang disediakan: –
- Kaunseling individu
- Kaunseling kelompok
- Psikopendidikan/ceramah
- Mengadakan program intervensi dan pembangunan personal
- Mentadbir ujian psikometrik
- Memberi bimbingan atau konsultasi
Kategori kes yang boleh rujukan: –
- Displin
- Interpersonal/Komunikasi
- Prestasi/Kerjaya
- Tatatertib
- Psikologi
- Kesihatan
- Lain-lain spt; Kehutangan serius
Kategori kes-kes sukarela: –
- Masalah peribadi/keluarga
- Isu ditempat kerja seperti konflik dengan rakan sekerja
- Tekanan ditempat kerja
- Lain-lain
WAKTU OPERASI
Waktu Pejabat
| HARI | MASA (AM) | MASA (PM) |
| ISNIN – KHAMIS | 8.00 am – 1.00 pm | 2.00 pm – 5.00 pm |
| JUMAAT | 8.00 am – 11.45 am | 2.15 pm – 5.00 pm |
Hari Klinik (Pesakit)
| HARI | MASA (AM) | MASA (PM) |
| ISNIN – KHAMIS | 8.45 am – 1.00 pm | 2.15 pm – 3.30 pm |
VISI UNIT PSIKOLOGI KAUNSELING
Menyediakan perkhidmatan kaunseling yang profesional, kongruen dan berkualiti berdasarkan kod etika perkhidmatan di Hospital Sri Aman demi meningkatkan kesihatan emosi dan psikologi rakyat sekitarnya.
MISI UNIT PSIKOLOGI KAUNSELING
Perkhidmatan Psikologi Kaunseling ini diberikan oleh Pegawai Psikologi yang kompeten, berkemahiran dan berdasarkan amalan berasaskan bukti terkini melalui perkhidmatan yang kondusif, terapeutik dan efektif.
OBJEKTIF UNIT PSIKOLOGI KAUNSELING
- Meningkatkan kesihatan emosi mereka yang memerlukan melalui perkhidmatan kaunseling yang diberikan
- Melengkapkan klien dengan memberi klien ruang untuk luahan dan mengekspresi perasaan untuk perkembangan diri.
- Meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap kepentingan kesihatan mental dalam mengharungi hidup yang sihat.
- Membangunkan organisasi dengan memberi Intervensi Psikososial, Pencegahan, Pemulihan dan Rawatan bagi anggota Hospital Sri Aman serta pihak- pihak yang memerlukanya.
