MALAYSIA DINOBAT DESTINASI #1 DUNIA UNTUK PELANCONGAN PERUBATAN

Alhamdulillah, Malaysia kini berada di kedudukan 𝗻𝗼𝗺𝗯𝗼𝗿 𝟭 𝗱𝘂𝗻𝗶𝗮 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗴𝗮𝗶 𝗱𝗲𝘀𝘁𝗶𝗻𝗮𝘀𝗶 𝗽𝗶𝗹𝗶𝗵𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗹𝗮𝗻𝗰𝗼𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗿𝘂𝗯𝗮𝘁𝗮𝗻 menurut ranking yang telah dikeluarkan Nomad Capitalist, sebuah firma global yang berpangkalan di Dubai mengatasi negara ternama seperti Singapura, India dan Turkiye.

Pada tahun 2023 sahaja, sektor pelancongan perubatan Malaysia menjana lebih RM2 bilion hasil, dengan kehadiran kira-kira 1.3 juta pelancong kesihatan dari rantau Asia dan seluruh dunia.

Mereka hadir kerana yakin dengan kepakaran doktor dan jururawat kita, dengan standard penjagaan kesihatan yang tinggi, serta pada keunikan gabungan rawatan moden dan layanan mesra (Malaysian hospitality) serta nilai murni masyarakat Malaysia.

Pencapaian ini adalah hasil usaha kolektif — petugas kesihatan awam dan swasta, pelabur, dan rakan strategik yang terus memperkukuh imej Malaysia sebagai hab kesihatan global. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat, terutamanya Malaysia Healthcare Travel Council (MHTC) atas dedikasi dan kerja keras memacu sektor ini ke tahap yang membanggakan.

Kita tidak akan berhenti di sini. KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA#KKM komited untuk memperkasa penjagaan kesihatan primer, memacu transformasi digital sistem kesihatan dan memastikan sistem yang saksama, mampan dan bersedia hadapi cabaran masa depan.

#KKMPrihatin#MalaysiaSihat#MalaysiaMADANI#MADANIBekerja

Scroll to Top

Notice: ob_end_flush(): Failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/sarawak/public_html/hsa/wp-includes/functions.php on line 5581