Bahagian Wanita & Kanak-Kanak Hospital Kapit menyediakan perkhidmatan kepakaran perubatan yang menyeluruh, khusus untuk kesihatan wanita, ibu mengandung, dan kanak-kanak. Kami komited dalam memberikan penjagaan yang selamat, mesra dan berkualiti tinggi bagi memastikan proses kehamilan berjalan lancar serta kesihatan kanak-kanak sentiasa terjaga. Dengan sokongan doktor pakar dan jururawat yang berpengalaman, kami sentiasa bersedia memberikan rawatan terbaik demi kesejahteraan keluarga anda.
Bahagian ini terbahagi kepada dua (2) unit utama seperti berikut:
- Obstetrik & Gineteknologi: Menguruskan kesihatan wanita, penjagaan ibu mengandung, proses bersalin (Obstetrik), serta rawatan penyakit berkaitan sistem peranakan wanita (Ginekologi).
- Pediatrik: Menyediakan perkhidmatan rawatan perubatan, pemantauan tumbesaran, dan penjagaan khas untuk bayi serta kanak-kanak.
![]()
Views: 10





