Bahagian Diagnostik & Sokongan Klinikal Hospital Kapit bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan bantuan perubatan, ujian makmal, dan pemulihan bagi menyokong proses diagnosis serta rawatan pesakit. Bahagian ini menjadi nadi penting dalam membantu doktor membuat keputusan perubatan yang tepat melalui bekalan ubat-ubatan, khidmat terapi, dan ujian saintifik. Kami komited memberikan perkhidmatan yang pantas, tepat, dan selamat demi memastikan setiap pesakit menerima pelan rawatan yang terbaik.
Bahagian ini mengandungi sembilan (9) unit sokongan penting seperti berikut:
- Kejururawatan: Menyediakan penjagaan kaunter, rawatan harian, dan sokongan fizikal secara berterusan kepada pesakit di wad dan klinik.
- Farmasi: Menguruskan bekalan, penyediaan, dan pemberian ubat-ubatan serta khidmat nasihat farmaseutikal kepada pesakit.
- Fisiotologi: Membantu pemulihan fizikal pesakit melalui latihan pergerakan, senaman khusus, dan terapi haba/elektrik.
- Patologi: Menjalankan ujian makmal ke atas sampel darah, air kencing, dan tisu untuk mengesan jenis penyakit.
- Hemodialisis: Menyediakan rawatan cuci darah yang selamat untuk pesakit yang mengalami masalah kegagalan buah pinggang.
- Pemulihan Cara Kerja: Membantu pesakit yang cedera atau kurang upaya untuk membina semula kemahiran harian agar boleh berdikari.
- Kerja Sosial Perubatan: Memberikan bantuan sokongan emosi , khidmat nasihat, dan bantuan kewangan/kebajikan kepada pesakit yang memerlukan.
- Jabatan Dietetik & Sajian: Merancang menu makanan yang sihat untuk pesakit di wad serta memberikan khidmat nasihat pemakanan.
- Kawalan Infeksi: Memantau dan memastikan persekitaran hospital yang bersih serta bebas daripada risiko jangkitan kuman.
![]()
Views: 14





