Perutusan Pengarah

Selamat datang ke Portal Rasmi Hospital Sentosa Kuching (HSK)
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Salam Ibu Pertiwiku, Salam Sayangi Sentosaku. Dengan izin dan limpah KudratNya, laman sesawang rasmi HSK telah menjadi kenyataan.

Terlebih dahulu tahniah saya ucapkan kepada unit ICT atas kejayaan merealisasikan laman sesawang HSK yang di tunggu-tungu selama ini. Terima kasih juga kerana memberi ruang untuk saya mencoretkan sepatah dua kata di laman sesawang ini.

Laman sesawang rasmi ini akan menjadi platform untuk semua pengunjung. Ianya mengandungi informasi rasmi mengenai HSK, perkhidmatan yang diberikan, aktiviti-aktiviti HSK yang di jalankan oleh warganya, pencapaian HSK dan promosi berkaitan kesihatan mental.

Sekali lagi saya mengucapkan tahniah kepada unit ICT, HSK khususnya dan warga Hospital Sentosa amnya di atas kerjasama yang diberikan dan merealisasikan impian ini. Kepada semua pengunjung laman sesawang ini,  semoga beroleh ilmu dan manfaat yang tidak terhingga.

Sekian, terima kasih.

Dr Rosliwati Md Yusoff
Pengarah Hospital Sentosa Kuching