PENGENALAN
Seksyen Pengurusan Aset, Stor & Perolehan adalah salah satu unit di bawah Seksyen Pengurusan dan diketuai oleh seorang Penolong Pegawai Tadbir N5 selaku Ketua Unit, seorang (1) Pembantu Tadbir (KUP) N2, seorang (1) Pembantu Tadbir N1 dan dua (2) orang Pembantu Awam R1.
Fungsi utama Unit Pengurusan Aset, Stor & Perolehan adalah bertanggungjawab dalam urusan perolehan bekalan/perkhidmatan/kerja secara pembelian terus atau sebutharga serta menyelaras pengurusan aset alih dan stor-stor utama di Hospital Sentosa Kuching.
OBJEKTIF
- Merancang dan mengurus aktiviti perolehan bekalan, perkhidmatan dan kerja selaras dengan tatacara perolehan yang sedang berkuatkuasa.
- Merancang dan mengurus aktiviti pengurusan aset dan stor selaras dengan tatacara pengurusan aset dan stor yang sedang berkuatkuasa.
SKOP PERKHIDMATAN
- Mengurus perolehan secara pembelian terus dan sebutharga serta mengeluarkan Pesanan Tempatan.
- Mengurus perolehan secara pembelian terus dan sebutharga serta dalam talian menggunakan SISTEM e-Perolehan.
- Menyelaraskan urusan spesifikasi untuk urusan perolehan secara tender oleh JKN Sarawak.
- Menyelaraskan pengurusan aset alih kerajaan.
- Menyelaraskan pengurusan stok terutama pemeriksaan dan verifikasi di Stor Utama Bekalan Pejabat, Dapur, Makmal dan Farmasi.
- Mengemukakan laporan-laporan perolehan, aset dan stor ke JKN Sarawak setiap suku tahun.
- Urusan pengujian dan pentauliahan (T & C).
- Urusan pendaftaran Aset Alih ke dalam Sistem Pengurusan Aset Alih (SPA).
- Menyelaras Pemeriksaan Aset Alih, Pemeriksaan Stok dan Verifikasi stor.
- Urusan Pelupusan Aset Alih dan barang-barang stor.
- Urusan Kehilangan dan Hapus Kira Aset Alih dan barang-barang stor.
PEGAWAI-PEGAWAI
| Bil. | Nama | Gred | Emel (@moh.gov.my) | Telefon Sambungan |
|---|---|---|---|---|
| 1 | BENARD ANAK KANANG | PENOLONG PEGAWAI TADBIR N5 | benard.k | 117 |
| 2 | NURHAFIZAH BINTI MOHAMAD ZULKEFLI | PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N1 | norhafizahmz | 117 |
| 3 | SHEILA ANAK MATHEW | PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N1 | sheila.mathew | 113 |
| 4 | ZURINEA ANAK DAWAS | PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N1 | zurinea | 113 |
| 5 | MAWIE BIN LEHI | PEMBANTU KHIDMAT AM H1 | mawie | 117 |