PENGENALAN

Unit ini ditubuhkan pada Oktober 2018 dan menawarkan perkhidmatan psikologi klinikal untuk remaja dan dewasa. Ia dikendalikan oleh pegawai psikologi klinikal bertauliah menggunakan kaedah penilaian, diagnosis dan rawatan psikologikal yang sistematik, cekap, beretika dan bertanggungjawab.

PERKHIDMATAN KAMI

  1. 1.Penilaian dan diagnosis psikologi: Melibatkan ujian psikometrik untuk menilai fungsi kognitif, emosi, tingkah laku dan mental seperti IQ, memori, ADHD, autism dan tahap kemurungan.

    2. Intervensi dan psikoterapi: Terapi bicara psikologi individu, pasangan atau keluarga menggunakan pendekatan klinikal seperti CBT, terapi trauma dan pengurusan emosi/stres.

    3. Psikopendidikan dan sokongan: Memberi penerangan, bimbingan dan strategi coping kepada pesakit serta penjaga untuk meningkatkan kefahaman dan kemahiran pengurusan kesihatan mental.

    4.Penglibatan multidisiplin dan dokumentasi: Bekerjasama dengan pakar lain dalam rawatan holistik serta menyediakan laporan psikologi profesional untuk kegunaan klinikal atau undang-undang jika diperlukan.

VISI SEKSYEN PSIKOLOGI KAUNSELING

Menjadikan perkhidmatan psikologi klinikal sebagai salah satu teras utama dalam pengurusan kesihatan mental dan fizikal selaras dengan visi dan misi Kementerian Kesihatan Malaysia.

MISI SEKSYEN PSIKOLOGI KAUNSELING

1. Menggubal dasar dan hala tuju profesion serta perkhidmatan psikologi klinikal di Kementerian Kesihatan Malaysia.

2. Menjadi pakar rujuk di Kementerian Kesihatan Malaysia dan negara dalam perkhidmatan psikologi klinikal secara amnya dan bidang-bidang utama psikologi klinikal (niche area).

3. Menentukan pelaksanaan perkhidmatan psikologi klinikal di Kementerian Kesihatan Malaysia dari aspek pencegahan, diagnosis, rawatan, dan pemulihan.

4. Memastikan agar perkhidmatan yang diberikan oleh semua pegawai psikologi klinikal di Kementerian Kesihatan Malaysia adalah sentiasa efektif dan berkesan melalui pendekatan ‘scientist-practitioner’ dan ‘evidence-based’.

PIAGAM PELANGGAN

MAKLUMAT PEGAWAI DAN STAF SEKSYEN PSIKOLOGI & KAUNSELING

BIL. NAMA JAWATAN EMEL (@MOH.GOV.MY) SAMBUNGAN
1 MELISSA ANAK NUAH PEGAWAI PSIKOLOGI S9 melissanuah 246
2 VIVIAN WONG MIN NI PEGAWAI PSIKOLOGI S9 vivianwmn 246