SEKSYEN PSIKOLOGI KLINIKAL
HOSPITAL SENTOSA KUCHING

 

PENGENALAN

Unit ini ditubuhkan pada Oktober 2018 dan menawarkan perkhidmatan psikologi klinikal untuk remaja dan dewasa. Ia dikendalikan oleh pegawai psikologi klinikal bertauliah menggunakan kaedah penilaian, diagnosis dan rawatan psikologikal yang sistematik, cekap, beretika dan bertanggungjawab.

 

PERKHIDMATAN KAMI

  1. Penilaian dan diagnosis psikologi: Melibatkan ujian psikometrik untuk menilai fungsi kognitif, emosi, tingkah laku dan mental seperti IQ, memori, ADHD, autism dan tahap kemurungan.
  2. Intervensi dan psikoterapi: Terapi bicara psikologi individu, pasangan atau keluarga menggunakan pendekatan klinikal seperti CBT, terapi trauma dan pengurusan emosi/stres.
  3. Psikopendidikan dan sokongan: Memberi penerangan, bimbingan dan strategi coping kepada pesakit serta penjaga untuk meningkatkan kefahaman dan kemahiran pengurusan kesihatan mental.
  4. Penglibatan multidisiplin dan dokumentasi: Bekerjasama dengan pakar lain dalam rawatan holistik serta menyediakan laporan psikologi profesional untuk kegunaan klinikal atau undang-undang jika diperlukan.

 VISI PROFESION

Menjadikan perkhidmatan psikologi klinikal sebagai salah satu teras utama dalam pengurusan kesihatan mental dan fizikal selaras dengan visi dan misi Kementerian Kesihatan Malaysia.

MISI PROFESION

  1. Menggubal dasar dan hala tuju profesion serta perkhidmatan psikologi klinikal di Kementerian Kesihatan Malaysia.
  2. Menjadi pakar rujuk di Kementerian Kesihatan Malaysia dan negara dalam perkhidmatan psikologi klinikal secara amnya dan bidang-bidang utama psikologi klinikal (niche area).
  3. Menentukan pelaksanaan perkhidmatan psikologi klinikal di Kementerian Kesihatan Malaysia dari aspek pencegahan, diagnosis, rawatan, dan pemulihan. 
  4. Memastikan agar perkhidmatan yang diberikan oleh semua pegawai psikologi klinikal di Kementerian Kesihatan Malaysia adalah sentiasa efektif dan berkesan melalui pendekatan ‘scientist-practitioner’ dan ‘evidence-based’.

 

PIAGAM PELANGGAN 

Kami berjanji dan komited untuk memberi perkhidmatan yang ikhlas, professional dan penyayang kepada pelanggan kami:

  1. Keselamatan dan kehormatan pelanggan akan sentiasa terpelihara serta segala maklumat intervensi adalah sulit. Pelanggan juga berhak menerima perkhidmatan di persekitaran yang sihat serta selamat.
  2. Setiap pelanggan ataupun keluarga berhak mendapat penerangan yang jelas, menerima pendidikah kesihatan, dimaklumkan mengenai perihal jenis penyakit, perkhidmatan yang disediakan, dan pelan intervensi yang dicadangkan termasuk risiko dan intervensi alternatif yang akan diterimanya.
  3. Setiap pelanggan akan diberi peluang untuk membuat keputusan sebelum apa-apa kajian, perkhidmatan, dan intervensi psikologi klinikal.
  4. Setiap sesi penilaian psikologi, bergantung kepada alat penilaian yang digunakan dan juga kebolehan pesakit, biasanya dilakukan dalam tempoh 30 minit hingga 3 jam. Laporan penilaian psikologikal dikeluarkan dalam tempoh 30 hari selepas tamat pelaksanaan penilaian psikologikal terakhir dilangsungkan, bergantung kepada ujian yang dijalankan dan jenis laporan yang disediakan.
  5. Setiap sesi intervensi atau psikoterapi, penilaian awal akan dilakukan pada sesi pertama selama 60 minit hingga 90 minit bagi mendapatkan informasi tertentu. Sesi- sesi berikutnya akan dijalankan selama 30 minit hingga 1 jam. Temujanji pertama bagi tujuan intervensi diadakan dalam tempoh 60 hari waktu bekerja selepas penerimaan borang rujukan perkhidmatan psikologi klinikal berkenaan.
  6. Setiap maklumat pelanggan adalah dirahsiakan kecuali perkara yang melibatkan pendedahan yang wajib untuk kebaikan pelanggan, kebaikan orang lain atau keperluan undang-undang. Sekiranya terdapat keperluan untuk merujuk kepada pihak-pihak berkenaan, perbincangan atau kebenaran daripada pelanggan akan diperolehi terlebih dahulu.  

MAKLUMAT STAF PSIKOLOGI KAUNSELING

BIL. NAMA GRED EMAIL (@moh.gov.my) EXT
1.
MELISSA ANAK NUAH
Pegawai Psikologi Klinikal
Gred S9
melissanuah
246
2.
VIVIAN WONG MIN NI
Pegawai Psikologi Klinikal
Gred S9
vivianwmn
246