SEKSYEN SUMBER MANUSIA
Seksyen Sumber Manusia dimana ianya berfungsi sebagai pengurusan perkhidmatan Hospital Sentosa Kuching yang melibatkan urusan surat-menyurat, hal-hal kebajikan, pengurusan latihan, pengurusan perpustakaan dan pengurusan sumber manusia secara keseluruhan termasuk urusan pelantikan sehingga persaraan anggota. Disamping itu, segala informasi yang diterima akan disampaikan kepada seluruh warga HSK melalui semua Ketua-Ketua Unit. Unit Pentadbiran dan Sumber Manusia dianggotai oleh jawatan-jawatan seperti yang berikut :-
- Penolong Pegawai Tadbir N5 – Seorang
- Pembantu Tadbir N2/KUP – 2 orang
- Pembantu Tadbir N1 – 3 orang
- Pembantu Operasi N1 – Seorang
OBJEKTIF
Melaksanakan dan Mengendalikan dasar Hospital Sentosa Kuching supaya aktiviti-aktiviti hospital dapat dilaksanakan dengan cekap, teratur dan berkesan. Semua anggota bersama-sama memastikan objektif Jabatan tercapai dengan jayanya.
SKOP PERKHIDMATAN / AKTIVITI
Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan di Seksyen Sumber Manusia secara rutin sepanjang tahun ialah :-
• Melaksanakan Dasar-dasar
Sentiasa memastikan dasar-dasar yang telah diperuntukkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam termasuk dasar-dasar dan arahan terkini yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak dari semasa ke semasa dilaksanakan dan dipatuhi bagi memastikan perkhidmatan sokongan dapat disampaikan dengan lancar dan teratur.
| BIL | NAMA | JAWATAN | EMAIL (@moh.gov.my) | EXT |
|---|---|---|---|---|
| 1 | NURUL AKMAR BINTI ROSBI | PENOLONG PEGAWAI TADBIR N5 | nurulakmar | 128 |
| 2 | MARIA BT WALBANI | PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N2 | maria.walbani | 241 |
| 3 | TRACY ANAK ADUN | PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N2 | tracyadun |
114 |
| 4 | VEVIANTY DARLENE ANAK JOHN | PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N2 | vjdarlene | 204 |
| 5 | EDDIE BIN AHMAT | PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N2 | eddie | 216 |