PENGENALAN

Unit ICT ditubuhkan pada Oktober 2017, nama asalnya adalah Seksyen Teknologi Maklumat. Unit ini bertanggungjawab menjalankan pelbagai fungsi dan antaranya ialah merancang, mengurus dan memantau pelaksanaan projek-projek ICT yang dijalankan di Hospital Sentosa. Selain itu, unit ini berperanan untuk merancang, mengurus dan memantau penggunaan, penyelenggaraan dan keselamatan bagi peralatan rangkaian, peralatan ICT serta sistem aplikasi supaya dapat digunakan secara optimum dan tidak mengganggu operasi harian.

Unit ini diketuai oleh seorang Pegawai Teknologi Maklumat dengan dibantu oleh seorang Penolong Pegawai Teknologi Maklumat, seorang staf MyStep dan Pembantu Awam.

OBJEKTIF

Menyediakan perkhidmatan teknologi maklumat kepada Hospital Sentosa ke arah mencapai taraf agensi kerajaan berasaskan teknologi maklumat bagi membantu melaksanakan serta merealisasikan misi dan visinya.

SKOP PERKHIDMATAN

  1. Merancang dan melaksana semua aktiviti ICT termasuk bantuan teknikal dan khidmat nasihat ICT Jabatan.
  2. Memantau infrastruktur rangkaian dan peralatan ICT yang ada di Hospital Sentosa.
  3. Menyelaras dan melaksana program pembangunan modal insan untuk kursus ICT.
  4. Membangun, memantau dan menyelenggara Laman Web serta applikasi.
  5. Bertanggungjawab dalam pembangunan infrastruktur ICT, keselamatan ICT, perolehan ICT dan pelaksanaan ICT di PTJ.
  6. Mengurus dan menyelia perancangan dan perolehan ICT yang melibatkan peralatan dan perkakasan ICT.
  7. Administrator bagi aplikasi / sistem yang diguna pakai di jabatan seperti HRMIS, MyGovUC.

PEGAWAI-PEGAWAI

Bil Nama Jawatan / Gred Emel (@moh.gov.my) Tel
1 Dr. Silvia Joseph Pegawai Teknologi Maklumat F12 silvia 125
2  Puan Purnamawati binti Noh Penolong Pegawai Teknologi Maklumat FA7 purnamawati 125
3 Encik Mutalib bin Mahtar Pembantu Awam N1 mutalibm 125