Pengenalan & Fungsi

Unit Patologi Hospital Sentosa Kuching merupakan salah satu unit sokongan klinikal yang memberi perkhidmatan diagnostik penyakit kepada pelanggan. Unit ini diterajui oleh seorang Juruteknologi Makmal Perubatan (JTMP) U7, 1 orang JTMP U7/TBK II , 1 orang JTMP U6 dan 5 orang JTMP Gred U6/TBK I.

Menyediakan perkhidmatan sokongan patologi makmal dengan sains berteknologi yang sesuai dengan perkhidmatan klinikal di sebuah hospital penjagaan primer.

 

Objektif

  • Menyediakan perkhidmatan patologi yang cekap, tepat dan berinovasi berlandaskan sistem kawalan kualiti untuk menentukan kesesuaian rawatan termasuk pemantauan pesakit  dengan penggunaan teknologi terkini yang bersesuaian demi kecemerlangan rawatan dan pemantauan pesakit.
  • Bekerjasama dengan kumpulan-kumpulan perawatan yang lain untuk mencapai objektif umum hospital.

 

Skop Perkhidmatan & Aktiviti

Terdiri daripada beberapa bahagian yang menyediakan pelbagai perkhidmatan 
kepada pelanggan terutama perkhidmatan diagnostik dengan menjalankan ujian- 
ujian makmal.

  • adalah satu perkhidmatan yang mustahak dalam “patient care services”
  • tanpa keputusan ujian, rawatan kepada pesakit akan tergendala
  • keputusan ujian diperlukan bagi menetapkan pendiagnosan yang tepat
  • pemantauan rawatan kepada pesakit yang menjalani rawatan
  • keputusan ujian yang tepat sangat mustahak, maka penentuan kualiti dalam keputusan adalah wajib
  • adalah menjadi tanggungjawab semua anggota mengikuti cara-cara penentuan kualiti

Waktu Perkhidmatan

HARI WAKTU
Isnin – Khamis 8:00 Pagi – 1:00 Petang
2:00 Petang – 5:00 Petang
Jumaat

8:00 Pagi – 11:45 Tghari 

2:15 Petang – 5:00 Petang

Tugas atas panggilan adalah selepas waktu pejabat (passive call)

 

 

 

Tugas atas panggilan (passive call)

  • Seorang Juruteknologi Makmal Perubatan (JTMP U5/ U6) dijadualkan untuk menjalankan ujian segera atas arahan iaitu tugas atas panggilan (On Call).
  • Selepas waktu pejabat – Dari jam 5.00 p.m hingga 8.00 a.m keesokan hari.
  • Cuti am dan cuti hujung minggu – Dari jam 8.00 a.m hingga 8.00 a.m keesokan hari.
  • Sebarang pertanyaan sila hubungi pihak makmal di talian sambungan yang disediakan

 

  NAMA GRED EMAIL (moh.gov.my) EXT
Jentry anak Kored JTMP U7 jentry 234
  Azyalin Hazel binti Spady JTMP U6 azyalin 235
Janny Usa JTMP U7 TBK II janny 235
Loniel Anak Nubib JTMP U6 TBK I   235
  Hii Hui Ting JTMP U6 TBK I hiihuiting 235
Monijane Anak Jikem JTMP U6 TBK I   235
Norin Anak Gun JTMP U6 TBK I norinakgun 235
Allan Ting Yiun Lee JTMP U6 TBK I   235