SEKSYEN DIETETIK DAN SAJIAN

PENGENALAN
Seksyen Dietetik terletak bersebelahan dengan Bilik Surau Perempuan dan Seksyen Makmal. Seksyen Sajian pula terletak bertentangan dengan Bilik Linen Syarikat Konsesi OMC dan bersebelahan dengan Stor Farmasi, serta berdekatan dengan Wad Perubatan, Wad Lelaki 2, Unit Kualiti dan Unit Kawalan Infeksi. Seksyen Dietetik dan Sajian menyediakan perkhidmatan kaunseling dietetik serta perkhidmatan makanan yang merupakan perkhidmatan sokongan penting di Hospital Sentosa Kuching.

OBJEKTIF
Perkhidmatan Dietetik:

  • Memberi perkhidmatan klinikal, komuniti, kesihatan awam dan katering dietetik yang berkualiti.
  • Memberi perkhidmatan kepakaran dietetik klinikal secara professional, sistematik dan penglibatan dalam rawatan multi disiplin.
  • Melaksana penyelidikan berkaitan.
  • Menjalin kerjasama erat dengan agensi yang berkaitan.

Perkhidmatan Sajian:

  • Memberi perkhidmatan makanan secara profesional dan efisien berorientasikan keperluan dan kehendak pelanggan.
  • Menyedia makanan yang sihat dan berkualiti mengikut prinsip Sistem Jaminan Keselamatan Makanan.
  • Mengoptima pengunaan peruntukan belanja mengurus tanpa mengabaikan keperluan pemakanan pelanggan.

PIAGAM PELANGGAN

Perkhidmatan Dietetik:
Peratusan pesakit dalam mendapat perkhidmatan dietetik dalam tempoh masa 24 jam hari bekerja.

Perkhidmatan Makanan:
Makanan dihidang kepada pesakit mengikut tempoh waktu yang ditetapkan.

FUNGSI SEKSYEN DIETETIK
Seksyen Dietetik memberi perkhidmatan konsultasi diet berdasarkan medical nutrition therapy dengan melaksanakan nutrition care process sama ada bagi pesakit dalam atau pesakit luar (termasuk home visit) yang dirujuk oleh pegawai perubatan sama ada dari Hospital Sentosa, mahupun Hospital RCBM, Hospital RSAT, Hospital Serian, Hospital Semunjang atau Klinik Kesihatan Kota Sentosa yang berdekatan.

Perkhidmatan konsultasi diet diberikan kepada pesakit sama ada yang dapat makan secara oral atau secara tube yang memerlukan nutrition support (pesakit kritikal) di mana produk enteral akan dipreskripsi oleh Pegawai Dietetik. Selain itu, perkhidmatan konsultasi diet kepada pesakit sama ada dalam individu atau berkumpulan.

Pada masa yang sama, Seksyen Dietetik juga memberi ceramah, latihan, pendidikan berterusan dan khidmat pakar rujuk yang akan dikendalikan mengikut keperluan.

FUNGSI SEKSYEN SAJIAN
Seksyen Sajian menyediakan makanan kepada pesait sebanyak 6 kali sehari, iaitu sarapan pagi, minum pagi, makan tengahari, minum petang, makan petang dan supper. Semua makanan bermasak yang dibekalkan adalah mengikut kitaran menu set 15.

Antara diet yang disediakan adalah diet normal, terapeutik, lembut, kisar, dan sebagainya. Diet normal akan dihidangkan dalam sistem bulk (decentralised). Manakala diet terapeutik akan dihidangkan dalam kontena makanan (centralised). Selain itu, Seksyen Sajian turut menyediakan makanan untuk pegawai perubatan atas panggilan.

Pada masa yang sama, Seksyen Sajian turut terlibat dalam pengurusan bekalan bahan kering untuk kegunaan wad tertentu sama ada sebulan sekali atau dua kali sebulan.

MASA PERKHIDMATAN
Seksyen Dietetik memberi perkhidmatan dietetik selama 8 jam dari Isnin hingga Jumaat. Manakala Seksyen Sajian pula membekalkan perkhidmatan makanan selama 13½ jam setiap hari.

Masa perkhidmatan/ waktu bekerja kakitangan Seksyen Dietetik dan Sajian adalah seperti berikut:

  • Perkhidmatan Dietetik
    • Isnin – Jumaat : 8 pagi – 1 t/hari (waktu pejabat) 2 t/hari – 5 petang
  • Perkhidmatan Sajian
    • Shif A (Sarapan Pagi) : 4 pagi – 11 pagi
    • Shif AM (Pagi) : 7.30 pagi – 2.30 petang
    • Shif PM (Petang) : 10.30 pagi – 5.30 petang

MAKLUMAT PEGAWAI DAN STAF UNIT SAJIAN & DIETETIK

BIL. NAMA JAWATAN EMEL (@moh.gov.my) SAMBUNGAN
1 LAU YEW SENG PEGAWAI DIETETIK U9 lauyewseng 118
2 ADMI BIN LEE PEMBANTU PENYEDIAAN MAKANAN N2 admi 227
3 NUWIN AK TENUAI@KHAIRIY NUWIN ABDULLAH PEMBANTU PENYEDIAAN MAKANAN N2   227
4 PETRUS BUNYAU AK NUIN @ NUING PEMBANTU PENYEDIAAN MAKANAN N2 petrus 227
5 RIJALUDDIN BIN ADENAN PEMBANTU PENYEDIAAN MAKANAN N2 rijaluddin.a 227
6 SABANG ANAK CHANDONG PEMBANTU PENYEDIAAN MAKANAN N2 sabang 227
7 SETIAH BINTI SENGUT PEMBANTU PENYEDIAAN MAKANAN N2 setiah 227
8 ZAITON BINTI MOHAMAD ZAINI PEMBANTU PENYEDIAAN MAKANAN N2 zaitonzaini 227
9 ANNIE ANAK TINGASS PEMBANTU PENYEDIAAN MAKANAN N1   227
10 ASMIDA BINTI BOHRI PEMBANTU PENYEDIAAN MAKANAN N1 asmidabohri 227
11 BILL RICHMOND TANYANG ANAK APEE PEMBANTU PENYEDIAAN MAKANAN N1 billrich 227
12 DAYANG HALINA BINTI ABANG GAPAR PEMBANTU PENYEDIAAN MAKANAN N1 dyghalina 227
13 EMMI SULASTRI PUTIT PEMBANTU PENYEDIAAN MAKANAN N1 emisulastri 227
14 JACINTA ANAK LUWIS PEMBANTU PENYEDIAAN MAKANAN N1 jacintaluwis 227