Visi
Hospital Sentosa Kuching beriltizam ke arah perkhidmatan psikiatrik bertaraf dunia yang berkualiti dengan pengurusan modal insan yang komited, berdedikasi, berkredibiliti tinggi, dinamik dan mampu menyediakan perkidmatan, persekitaran yang kondusif, fasiliti yang terkini demi mencapai kepuasan pelanggan.

Misi
Sebagai peneraju dalam penyediaan perkhidmatan kesihatan mental yang berkualiti tinggi melalui perkhidmatan yang terbilang.

Objektif

  • Bertindak sebagai pusat rujukan Perkhidmatan Psikiatri di negeri Sarawak.
  • Mewujudkan dan menyelaras perancangan, pemantauan dan memperbaiki sistem serta tatacara/prosedur perkhidmatan penjagaan psikiatri.
  • Menyediakan penjagaan psikiatri berkualiti kepada semua pelanggan Hospital Sentosa Kuching.
  • Mewujud dan menyelaraskan perancangan pemantauan
  • Mengintegrasi serta mengadaptasikan perkhidmatan penjagaan psikiatri melalui pendidikan kesihatan di peringkat pencegahan dan rawatan yang berterusan.
  • Memperluaskan pengetahuan bagi meningkatkan kefahaman, kesedaran dengan penglibatan anggota, pelanggan dan masyarakat.
  • Menyediakan program-program latihamal kepada anggota dan masyarakat bagi memperolehi pengalaman serta meningkatkan kompetensi dalam perawatan psikiatri.
  • Meningkatkan kefahaman, kesedaran dan penyertaan anggota, pelanggan dan masyarakat melalui program-program Promosi Kesihatan.
  • Menjana peningkatan pengetahuan dan kemahiran terkini melalui latihan dan pendidikan berterusan.